Thursday, July 12, 2018

TRIP KE NEW ZEALAND Day 9.

DAY 9 (18/11/2017)

Bangun jam 3.30 pagi bersiap, subuh pukul 4. Lepastu terus bergerak ke Christchurch yang mengambil masa 3 jam dari Lake Tekapo. Mencabar betul drive waktu gelap ni dengan jalan segelap gelapnya dan kena hati hati takut terlanggar binatang. Selalu nampak bangkai arnab dekat jalan. Memang kereta ada dua tiga bijik je pepagi buta tu. Huhu!

Alhamdulillah selamat sampai dengan selamat dekat Airport Christchurch. 20-15 minit terakhir nak sampai tu Farah mengantuk gila. Dalam hati nak tukar driver tapi cam ahh malas la lagi sikit je nak sampai fuhh nasib baik selamat sampai. Sampai je airport, drop beg dan 2 orang dekat departure, dan lagi 2 orang pergi hantar kereta sewa. Tempat kereta sewa dengan airport walking distance je. Sebelum hantar kereta, make sure minyak penuh sama macam time dapat tu, sampah buang jangan sesepah. Sebelum kitorang sampai airport tu kitorang ada berhenti isi minyak. Alhamdulillah dok risau semalamnya takut minyak tak cukup nak balik christchurch tapi cukup je.

Chillin tunggu nak masuk kapal terbang
Anak paijah nak ikut balik



Flight ke Auckland jam 10 pagi. Masuk je flight lepas dapat kopi dengan cookies terus tidur! Sampai Auckland dalam jam 11.30 pagi. Dekat Auckland ni kitorang takde sewa kereta so pakai public transport je laa. Dekat luar domestic airport terminal tu ada counter skybus. Kitorang terus je beli ticket return untuk memudahkan urusan esok nak balik. Harga nanti refer post last sekali Farah letak.



Make sure tahu penginapan terletak dimana, macam kitorang menuju ke Choice Backpacker Hostel yang terletak di Wellesley St. Bustop yang berdekatan adalah di Perhentian 7053 Queen St. Dalam skybus ni ada tempat letak luggage so takdelah kena pegang je beg tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii jeng jeng jeng berlaku kejadian yang tidak diingini. Sampai saja di Queen St, maka kami pun turun dengan riang berjalan kaki menuju ke hostel.


Masih relaks dan tak perasaan lagi satu beg tiada


Tak boleh nak check in lagi sebab masih awal dan bilik tak siap lagi. So kami decide nak tinggalkan beg dekat sini dan pergi jenjalan cari makan. Tengah angkat beg nak letak dalam bilik yang tersedia tetiba baru perasan MANA BEG LAGI SATU! alamak terus jerit WAWAAAA!!! beg tertinggal dalam bas! Terus ke receptionist tanya cemana nak dapatkan beg balik. Dia suruh pergi ke skybus centre yang terletak lebih kurang 400 meter dari hostel. Keluar je dari lobby hostel tu wawa nampak bus yang kitorang naik tadi, apa lagi dengan kuasa The Flash, Farah pun terus berlari kejar bus.

Adalah dalam 2 kali bus tu stop tapi still tak dapat kejar dan time tu dah rasa nak redha je tapi dalam hati nangis sebab dalam luggage tu semuanya souvenir dan coklat! Teruskan lagi berlari sambil tengok kiri kanan lepastu nampak nandos, teruskan lagi sampai dekat Skybus Centre tu akhirnya. Bus tu memang akan berhenti lama di situ rupanya. HAHAHAHA weh tau tak penat gila berlari kejar kau. Sampai situ terus melulu masuk ke dalam bus sampai kena panggil. Dengan tercungap cungap ambik nafas bagitahu orang tu yang tadi tertinggal beg. Ambik beg terus chow la.

Time mula mula yang lain ikut lari sekali tapi akhirnya diorang tak lari dah hahaha diorang tunggu je dekat pertengahan. Dah penat berlari, terduduk terus! Relaks jap baru berjalan balik ke hostel. Sebelum bercuti ni, memang risau akan jadi camni tapi tak sangka pulak luggage sebesar alam tu yang akan tertinggal HAHA. Dulu time pergi jogja, tertinggal purse dekat kedai makan nasib baik dapat balik. Ni tertinggal luggage ohmaigodddd Farah!!!!


Member tengah uruskan urusan nak check in, keluar jap tangkap gambar
MASIH TAK PERASAN BEG TAKDE!!!

SELEPAS DAPAT BEG!!!!! HAHAHA

Dalam perjalanan ke hostel tu jumpa satu kedai kebab, Kebabs On Queen. Beli kebab sorang satu lapar gilaaa lagi lagi lepas berlari tadi. Sampai hostel tu balik, dah boleh check in. Dekat sini kitorang terpaksa berpisah tak dapat bilik berempat. Ada bilik 2 orang je. Farah dan Faizah dapat bilik tingkat 9, Wawa dan Syaza bilik tingkat 3. Bilik kitorang besar sikit dan plus tingkat kitorang sunyi sepi, manakala level diorang bising sikit dengan penghuni penghuni yang berparty.

View dari bilik ft Kebabs on queen! 

Lepas makan dan chill jap kitorang decide untuk berjalan di Auckland City melawat beberapa tempat yang sempat. Kami nak try naik bas ke Cornwall Park dan One Tree Hill. Sorry tak ingat langsung pasal route bas yang ni sebab kitorang pun salah dan sesat dan bertambah penat cari jalan nak ke cornwall park tu sampai ntah memana bangunan la. Kitorang tersalah turun pitstop padahal pakcik bas tu dah cakap kalau nak ke cornwall park tu turun depan lagi tapi ntah kenapa kitorang turun tempat lain jugak. Lepastu padan muka cari jalan tak jumpa jumpa yaTuhanku bantuin aku. Sampai kitorang tersesat dekat orang tengah ada game cricket. Bila tengok map, kena lalu dekat padang game cricket tu untuk ke belah belakang tu yang terletaknya cornwall park tapi cari jalan taktau mana nak masuk. Kitorang redah masuk dekat tempat kelab cricket tu berjalan sampai belakang tetiba ada bangunan apa ntah sesat habis! Nasib menyebelahi kami akhirnya bila Tuhan temukan kami dengan seorang lelaki dan kami tanya jalan nak ke cornwall park tu. Fuhhhh nasib baik dah dekat rupanya jalan depan sikit lagi dah sampai. Tu pun masuk ikut belah mana taktau tetiba terus nampak biri biri berkeliaran. Cuak gak nak lalu tapi lalu je nasib baik biri biri tak balas dendam.



Terduduk kami jap setelah penat mencari jalan. Macam macam hal betul weh hahaha. Tapi takpa semuanya pengalaman dan pengajaran. Kami terus dengan riang berjalan sekitar cornwall park. Tak larat dah nak p naik dekat One Tree Hill sebab penat sangat. Cornwall Park ni besar korang tengok map Park di atas! Haha. Masuk ikut tempat lain, keluar dekat jalan yang benar lepastu kami naik bus kembali semula ke hostel.







Pengembaraan tidak terhenti disitu, kami meneruskan misi berjalan kaki ke Auckland Museum yang jauhnya 2km. Nak menaip pun penat dah ni sebab terus terasa penat ingat balik. Time ni cuaca hujan renyai renyai dah tapi kami teruskan berjalan.




Sampailah tiba di tempat yang dituju lalu hujan pun turun lagi dan lagi. Tapi kami teruskan jugak dengan riang tangkap gambar di hadapan Museum. Tak masuk pun. Auckland War Museum ni terletak dalam kawasan Auckland Domain yang merupakan taman yang tertua di Auckland. Spend sekejap jenjalan sekitar kawasan dan pulang melalui jalan yang sama time pergi tadi. 

Lovers walk 






Farah letak Map untuk rujukan.





Kitorang decide untuk pergi cari kedai burger yang halalan toyyiban dekat Auckland ni iaitu Burger Fuel. Tak jauh sangat pun dari hostel kitorang tu dalam 100 meter jewww. Boleh baca info dekat website Burger Fuel tentang halal ke tidokk. Jangan pulak gatal pilih nak makan bacon pulakk.


Sumber: Google Images











Lepas dinner balik hostel terus baring. Ingat nak nap kejap rupanya terus nap sampai esok paginya! Syaza dan Wawa malam tu diorang pergi lepak dengan kawan diorang Caoi yang kerja dekat sini. Happy je dia kerja sini. Siap bagi kitorang pizza yang dia buat sendiri (SEDAP GILA) dengan chocolates sorang satu bar weh baik gilaaaa.



Okay lah bersambung lahh panjang sangat dah........

No comments:

Post a Comment