Thursday, July 5, 2018

TRIP KE NEW ZEALAND Day 1 & Day 2.





Hai guys, mungkin dah basi dah trip ke New Zealand Nov tahun lepasni tapi tak kira nak post jugak!!! Buat pekasam dalam draft blog berbulan bulan, bila rajin baru tulis. Tunggu masa nak rajin tu yang payah sikit. Tu yang sampai berbulan bulan dekat draft dari Feb lagi. Farah akan cerita secara ringkas tak ringkas sangat la perjalanan kami disana dari hari pertama naik flight dari kuala lumpur sampai lah pulang ke kuala lumpur berserta gambar gambar dan bajet buat rujukan diri sendiri dan sesapa saja yang nak rujuk hihi. Trip kali ni disertai oleh tidak lain dan tidak bukan jengjengjeng....


syaza        -     farah     -           faizah         -       wawa


Okay jum ikuti pengembaraan kami!

DAY 1 (10/11/2017)
Flight from KLIA2 to Auckland at 11.55 pm
Pengembaraan bermula pada hari jumaat bersamaan dengan 10 November 2017. Balik je kerja sampai rumah terus sesiap. Tunggu Faizah datang, lepas maghrib camtu Anwar hantar pergi airport jumpa bebudak tu dekat sana. Lepas check in bag kitorang pergi makan sat pastu on that day husband Eyka kebetulan sampai dari Brunei so jumpa eyka dengan eri jap. Tu last jumpa Eyka before dia duduk Brunei dengan Adi. Bulan 3 2018 baru dia pulang kesini nak bersalin sini insyaAllah. ( Dah selamat dah bersalin bulan puasa haritu! Time publish post ni anak dia nak masuk 2 bulan dah oi) 



Kitorang naik AirAsia la mesti. Penerbangan tambang murah dan mampu milik. Okay guys pishang teruk memasing tidur je sepanjang masa sebab semua duduk asing asing jauh pulak tu. Jumpa time dekat goldcoast je transit jap.  Nanti rujuk harga flight tiket dekat entry bajet.






DAY 2 (11/11/2017)
Arrived at Auckland International Airport at 5.35pm
Setelah sakit pinggang dan tengkuk duduk dalam flight akhirnya kami tiba di Auckland International Airport jam 5.35 petang waktu tempatan. Alhamdulillah! Tapi tak terhenti begitu saja haha! Kena kejar flight nak ke Christchurch pulak huhu. Lepas check in bag, kitorang berjalan kaki dari international airport ke domestic airport. Nasib baik la boleh check in sesiap dkt international airport tu kalau tak jenuh gak nak bawak beg jalan/naik bas ke domestic.






Oh ye ktorang tak bawak apa apa makanan, maggi ke perencah ke apa apa ke sebab malas nak declare pape. Kalau bawak makanan dan declare kena beratur untuk check. Nanti before landing, korang akan dapat NZ Passenger Arrival Card.  Google dan rajinlah membaca apa yang patut barang yang boleh bawak masuk NZ dan barang yang tak boleh bawak masuk. Kalau macam siapa perokok tegar tu pepandai lah korang bahagikan among friends sebab boleh bawak 50 batang je sorang!! Boleh bawak lebih tapi kena declare dan bayar tax tak silap.  
Depart from Auckland Domestic Airport to Christchurch at 9.15pm
Dari Auckland ke Christchurch kitorang menggunakan khidmat dari Syarikat penerbangan Air NZ. Paling best cookies dia sedap teroxxx. Cari flavour butterscotch tu tak jumpa even dekat kedai cookies time pun takde cedehhh.


Arrived Christchurch International Airport 10.30pm
Sesampai je leklu sapkoklu. Time ni dah start dah lapar. Kitorang try cari jalan nak jalan kaki pergi hotel tapi cam susah je hari dah gelap so call hotel tu suruh pick up kitorang dekat airport. Senang je pergi cari public phone dekat airport pastu memang dekat wall tu ada memacam contact no hotel.



Tunggu few minutes, van dari hotel yang kitorang book pun sampai. Terus dia bawa kami ke tempat penginapan kami iaitu JUCY SNOOZE. Lepas je urusan check in, letak je beg kitorang terus berjalan kaki ke Mcd yang berdekatan. Dekat je sangat dekat tapi gigil sejuk! Sampai je terus order Fillet o Fish sorang satu pastu mulakan meeting pengembaraan hari esok dan seterusnya. Dah kenyang balik mandi tidur! Tapi tulah susah nak tidur satu sebab jet lag satu lagi sebab kena tidur sorang sorang dalam pod. Dekat Jucy Snooze kitorang pilih bilik yang untuk 8 orang. Kongsi bilik dengan orang lain tapi okay je sebab memasing tidur dalam pod memasing. Bilik air dekat luar tapi bukan unisex. Tak jauh sangat pun dari bilik. Dalam setiap pod ada lampu, usb port, aircond.




Sumber: Google Images.
Hah gini biliknya 8 orang. Semua perempuan tak campur pun. Bawah pod ada diberi loker masing masing boleh letak barang barang macam safety box siap ada password. 



OKAY GOODNIGHT! Time ni memang pishang gila paksa jugak diri untuk tidur. 



Bersambung......



No comments:

Post a Comment