Tuesday, July 10, 2018

TRIP KE NEW ZEALAND Day 8.

DAY 8 (17/11/2017)
Hari ni bangun lewat sikit dari biasa. Sesiap pun dengan chill dan relaks sebab takde nak kejar masa. Hari ni perjalanan penuh liku, dan last sekali akan kembali semula di Lake Tekapo. Ohh sebenarnya kitorang ada plan nak hiking Roy's Peak tapi bukan rezeki kami untuk ke sana sebab roy's peak tutup disebabkan kambing biri biri nak beranak oi. Tempat tu akan dibuka keesokan harinya mengikut laman web tersebut. Sebab tak rushing nak hiking, so sebab tu boleh relaks jeee. Tolong google ROY'S PEAK cantik gilaaaaa namateyyyy tempat tu. 

Kalau dekat queenstown ni macam macam aktiviti yang boleh buat. Ada duit ada masa hah buat lah semua aktiviti seperti bungee jumping, skydiving, paragliding, nevis swing, zipline, gondola, luge. InsyaAllah kalau murah rezeki ada masa nak sangat spend time lama sikit dekat Queenstown. Okay
lah kita cerita, apa yang kita buat je la ehh.

Pagi tu kami ke satu tempat macam lookout point untuk tengok view Queenstown dan Lake Wakatipu yang tak tipu besarnyaaa dan cantiknyaaaaaaaa. Tapi sorry Farah taktau apa nama tempat lookout point tu. Faizah yang bawak pergi situ. huhu. Tangkap gambar sat, duduk nikmati sambil gaduh gaduh mana satu The Remarkables siap google tapi sampai sudah confuse mana satu. Haha!





Mak mak enon jalan menuju ke kereta

Dari Queenstown kami bergerak menuju ke Glenorchy. Laluannya memang sepanjang Lake Wakatipu ni. Cuba bayangkan lah betapa indahnyaaa pemandangan sepanjang jalan tu masyaAllah subhanallah cantik ya amatttt. Cari tempat berhenti tepi jalan yang selamat dan selamat menikmati pemandangan yang indah ciptaan Tuhan! 







Sampai saja di pekan Glenorchy, kami mencari jeti yang famous dan boatshed yang bersejarah, tapi tak jumpa jumpa. Lalu kami berhenti di sebuah kedai kecil yang cantik, pergi tanya direction. Dah dapat direction nak ke sana, lalu kami terus bergerak dan Alhamdulillah jumpa pun tempat yang diidami. Lepastu kena berebut dengan cina mainland untuk ambik gambo huhuhuhu. 

Glenorchy ni juga adalah tempat pengambaraan cerita Lord of the ring. Tapi Farah dan rakan rakan tak tengok LOTR so taktauuuu tempat mana yang diorang shoot. Hihi. 


The historic boatshed
The willow trees of Glenorchy




Fefeeling ke tuuuu bedah.

Lepastu, kami kembali semula ke kedai kecil yang cantik yang kitorang tanya direction tu sebab saja nak jenguk. Huhu. Kedai yang jual souvenir dan juga coffee and cakes.





Okay dah mari kita move on dengan kecantikan glenorchy. Kita bergerak ke pekan Arrowtown. Arrowtown ni macam pekan lama, diorang masih kekalkan bangunan lama yang memang tempat tumpuan pelancong. Comel gila pekan dia. Dekat sini, kitorang mengambil kesempatan untuk hantar poskad dekat diri sendiri dan Farah pun saja membazir duit hantar poskad dekat kengkawan. Haha tapi tak sempat nak mengarang panjang sebab nak cepat dan nak kejar masa. Mampu tulis Hi! je. HAHA!







Pharmacy pun cantikkk nawww bangunannya! 

Tempat chillin picnin baring fefeeling







Selepas puas berjalan di Arrowtown sambil makan icecream, kami mahu meneruskan perjalanan ke Wanaka. Jalan yang amat menakutkan sebab jalan bengkang bengkok menuju ke puncak. Seram wehh. Tapi ni fastest route dan most scenic highway to Wanaka. Tapi kannnn taktau asal Faizah yang akan drive kalau lalu jalan yang mencabar ni. Haha! Naik turun bukit jalan bengkang bengkok menuju ke Cardrona lalu terus ke Wanaka.

Jammed pulokk

Tiba di Cardrona, akan nampak satu tempat famous di doniaaaaa iaitu Bradona! Penuh sepanjang pagar dengan bra pelbagai warna dan size. Sekarang siap ada tabung donation untuk Breast Cancer Foundation.

"The Cardrona Bra Fence was a controversial tourist attraction in Central Otago, in New Zealand. At some point between 1998 and 1999, passers-by began to attach bras to a rural fence. The fence gradually became a well known site as the number of bras grew to hundreds. The fence is located on a public road reserve, adjacent to farm property in the Cardrona Valley area southwest of Wanaka, near to Cardrona. Despite its popularity, there was disagreement over the value of the attraction. The bra fence stands today next to the Cardrona Distillery."
Sumber: Wikipedia.






Kitorang tak tinggalkan bra pun, tapi kami hanya tinggalkan tapak kaki.

Kami meneruskan perjalanan ke Lake Wanaka dan lunch di tepi tasik yang indah. Duduk relaks chillin makan. Sempat pergi basuh kereta dekat petrol station sebab esok nak pulang kereta dah. First timee masuk tempat cuci kereta yang mesin tu! Dekat malaysia tak pernah cuba pun haha. Tak jenjalan pun dekat Wanaka ni sebab nak kena cepat tiba di Lake Tekapo. Takut tiba sana dah gelap nanti.



Lunch tepi tasik.

Harga car wash


Dari Wanaka ke Tekapo mengambil masa dalam 2 jam lebih jugak. Dalam perjalanan berhenti di tepi jalan yang kami percaya itulah Lindis Pass dan ia memang Lindis Pass punn huhu.

"The dramatic Lindis Pass links the Mackenzie Basin with Central Otago. The actual pass crosses a saddle between the valleys of the Lindis and Ahuriri Rivers at an altitude of 971 metres above sea level. For many months of the year, you can expect to see snow in this mountainous area - often down to the roadside.Adjacent to the highway is the Lindis Conservation Area."

Sumber: Newzealand.com













Sampai saja di Lake Tekapo hari dah malam. Kali ni kami bukan tidur di cabin yang haritu kami check in di Lake Tekapo tapi lagi satu belah depan iaitu di Lakefront Lodge Backpacker. Sebab sampai pun dah malam, reception counter pun dah tutup, diorang hanya tinggalkan kunci saja dan  pembayaran di tolak dari kad kredit. Tempat penginapan kitorang yang lain semuanya dibayar by cash sebab counter bukak lagi time nak check in so boleh bayar guna cash, credit card untuk secure booking je.

Dah siap check in, ingat nak p isi minyak tapi malangnya stesen minyak dah tutup. Boleh isi minyak tapi guna kad je la. So kitorang memang tawakal je la minyak mencukupi nak balik ke Christchurch esok pepagi buta. Sebab esok nak gerak pukul 4pagi lepas subuh, malam tu kitorang sesiap kemas beg dan barang barang lain. Periuk yang banyak berjasa dengan kami pun kami tinggalkan saja dekat motel tu sebab susah nk bawak tak muat beg nak bawak balik naik flight. Dah puas hati kemas, sebelum tidur mandi dan siap pakai baju untuk esok terus huhuhu. Takut kang terlepas flight weh! 

Tempat penginapan kami. Dari luar.
Sumber: Google Images

Bilik kami di Lakefront Lodge Backpacker.
Sumber : Google Images

Ni  view dari bilik. 

Makan malam! Carbonara letak salad huhuhu 


Bilik kitorang ada 2 bunk beds.Kecik jugak macam yang motel dekat dunedin tu. Haha. Lepastu dekat sini bilik air tak campur laki perempuan. Macam biasa ada dapur kongsi dan ruang lepak. Lagi satu dekat sini, sebelum check out kena bukak cadar katil, selimut dan masukkan dalam bakul yang disediakan. Ikut je la instruction ada belakang pintu. 

Semua set alarm dan tidur!!


Bersambung.......

No comments:

Post a Comment