Friday, December 20, 2013

Mars Bar Slice.






 Sebab aku bukan jenis yang selalu duduk dapur, so aku selalu cari benda yang senang untuk dimasak, dibakar, dikukus dan sebagainya. Jangan suruh aku masak makanan melayu sebab aku memang gagal dalam subjek tu. Maaf mak mertua, bakal suami sekeluarga. Sampai masa aku belajar dan rajin ke arah itu. hikhikhikhikk :D

So sekarang cerita dia MARS BAR SLICE adalah benda paling senang paling mudah paling ringkas paling jimat masa untuk disajikan. Orang dok jual mahal sebab kos barangnya mahal. Mars saja dah berapa. Topping coklat kalau guna cadbury berapa pulak. Ada je topping tu orang guna chocolate chips je. Tapi aku sejenis yang gila chocolates so aku suka letak cadbury. Dan, ini adalah apa yang dibikin dan apa yang telah terhasil :)

 BAHAN-BAHAN.
1) Coklat Mars Bars potong comel secomelnya.
2) 90 g butter bagi cair bersama coklat Mars. 
3) 3 cawan Rice Bubbles
4) 200g coklat = Satu bar Cadbury Dairy Milk)
5) 30g butter untuk dicairkan bersama Cadbury Dairy Milk)






DAN SIAP. Selamat makan :)

Tuesday, December 3, 2013

Xoxo

Missing the old times with both of you.
We do whatever we want to do.
Rules made to be broken.
Life is too short to be sad.
Be happy and dont be sad over something is not worth it. 

xoxo. love,
FarahMorra.

Sunday, November 24, 2013

malam yang suram.





di dalam gelapnya malam bertemankan lampu tidur tak seberapa,
dan cahaya dari gadget yang sentiasa disisi,
ku kirimkan ucapan selamat malam,
semoga esok lebih baik walaupun tidak sesempurna mana.

Mimpi indah :)

Saturday, November 23, 2013

time to chill


Taktau macam mana nak gambarkan rindunya dekat kau.
Taktau macam mana nak dapatkan kau.

Float mcd,
kau lah satu satunya erti cinta.

Wednesday, November 20, 2013

tercari cari.

Belajar untuk lepaskan sesuatu didepan mata.
Hadapi dengan tabah.
Kuat semangat jati diri.
Kata pada hati, buang.
Kata pada minda, lupa.

kalau lah semudah itu. 

Tuesday, November 19, 2013

50 ringgit

"Nah" 
Dua keping RM50 dihulurkan sebagai belanja mingguan.
"Terima kasih"

Sejenak aku terpikir,

kau kata kau seorang yang miskin.
kau kata kau susah nak peroleh wang.
kau rasa kau layak digelar miskin dengan harta? 

kereta mewah, rumah mewah, makan mewah, pakaian mewah.
Apa lagi yang kau dambakan?

Kau cuma miskin untuk bersyukur.
Kau cuma tidak mewah seperti seorang yang mewah tahap holy shit.
Tapi kau kena tau, kau kena bersyukur dilahirkan sempurna dan cukup serba satunya sehingga hari ini. 

Sunday, November 17, 2013

selamat tinggal.

Inilah masa untuk lepaskan dan kembali kepada asal.
Terima kasih untuk hari hari yang indah.
:)

17nov2013, 6.19PM.

Wednesday, November 13, 2013

muda.

eh esok la buat.
eh esok la pikir.
eh esok la siapkan.
 eh esok la buat baik.
eh esok la tobat.
eh kita masih muda kan.

eh kau pasti hari esok kau masih ada?









Monday, November 11, 2013

tidur dengan tenang.

jam 450 pagi.

masih belum tidur mengenang kehidupan.
macam mana nak teruskan hari esok dengan tak tidur ni.
berapa juta kali aku dah kecewakan diri sendiri dengan tidak menghadiri kelas.
berapa juta kali aku tipu pengajar dan sistem.

alahh, kawan ada untuk sign kan.
alahh, bukan lecturer perasan pun kau datang ke tak.
alahh, masuk class bukan belajar pun.
alahh, dari tidur dekat class baik tidur dekat rumah.

masih adakah hari esok untuk aku?
masih adakah hari esok untuk aku ponteng kelas?
masih adakah hari esok untuk aku pergi kelas?
masih adakah hari esok untuk aku menyesali?

........................

jam 500 pagi.

bayi sebelah rumah menangis.
turunnya hujan membasahi tanah.
dan aku masih dalam cubaan untuk tidur dan bangkit untuk ke kelas.

jika masih ada hari esok.



Tuesday, November 5, 2013

cikgu dan pelajar.

A : Antara surat , penerima surat dan posmen mana lagi penting? 

B : Niat tulis surat yang penting. kahkahkahkahkah. 

C : Eh takkkk, pejabat pos yang penting. 

D : Apa pulak. Salah! tukang tulis surat laa. Mana surat tu dtg kalau takde sape tulis. 

A : Eh kamu ni memain pulak. siapa yang lagi penting ni? 

B,C,D : Cikgu lah yang penting sebab cikgu yang tukang bagi jawapan untuk soalan tadi. 

A (cikgu) terdiam..... Lama menyepi.

A : Kamu anggap kamu sebagai penerima surat yang suratnya telah siap sedia diposkan kepada kamu oleh posmen. Kamu anggap surat itu adalah buku pelajaran kamu yang sedia ada ilmu nya ada dalamnya. Kamu anggap saya cikgu sebagai posmen yang menghantar surat dalam erti kata lain menghantar ilmu kepada kamu. 

So, penerima surat adalah penting iaitu kamu para pelajar. Saya sebagai cikgu tak penting, saya tukang menyampaikan saja. Ilmu / buku / surat dah sedia ada untuk kamu. 

B : tapi. Tukang tulis buku la yang penting kan?

....................

cikgu berlalu pergi. 


bintang kawan bulan

A : "kenapa kau sepi menyendiri?"
B : "............ hilang kata kata."

Dalam benak pikiran aku terbayang wajah bapak emak adik beradik dan orang sekeliling.

B : "Eh mana ada aku sepi. Aku ada ramai orang dekat sekeliling"
A : "Dah tu asal kau selalu menyendiri?"
B : "Sebab takde siapa teman"
A : "tadi kau kata kau ramai orang dekat sekeliling"

pandang langit. ku lihat bulan tiada bintang. 
bulan sepi tanpa bintang disisi bila langit gelap malap dilitupi awan tebal yg tunggu masa buang isinya.
hujan. lebat guruh berdentum. 

B : "alaa tak semua orang ada masa untuk teman, lagi pun aku suka sorang"
A : "ish kau ni, buatlah apa kau suka"

Hari lain aku duduk lihat langit.
bulan ditemani bintang bintang. 
Indah. Cantik. Subhanallah. 
kali ini bersama orang sekeliling.



rotate.
akulah bulan.

Friday, October 18, 2013

cermin


aku.
sejenis manusia yang mudah memberontak.
apa aku ingin aku dapat.
kalau tak, aku memberontak.

aku.
sejenis manusia yang ingin selalu diseronokkan.
apa aku buat semua sebab keseronokkan.
tanpa pikir apa masa depan akan jadi.

aku.
sejenis manusia yang bertopengkan wajah yang suci.
apa orang lihat bukan apa yang aku lihat.
lihat dengan hati bukan mata kasar.

tengok cermin.
aku cuma manusia yang lalai.

tengok setiap sisi.
aku insan lemah yang merangkak ke satu jalan.

tengok cermin balik.
aku tetap aku.
hati, mohon kau bersih dan jauh dari kehitaman.

Tuesday, October 1, 2013

jangan bagi lagi.

Aku patut diam. Diam dan terus simpan. Kenapa kau hadir disaat memerlukan.
Sampai aku lupa aku sentiasa ada tempat mengadu. sentiasa ada disisi sentiasa ada dimana aku berada.
Kenapa aku sibuk mencari kebahagiaan sedangkan ada insan yang perlu aku dulukan bahagia mereka. 
Moga aku ingat siapa aku.



Tuesday, September 17, 2013

kemahuan

Harta benda.
Selalu yang aku pinta selalu aku dapat.
Mahu apa, bagitau je. Puffff! depan mata.
Rumah je belum mintak lagi. Itu melampau sangat. 
duniawi semata.

Kebijaksanaan.
takdelah pandai sangat pun dan takdelah bodoh cilaka sangat.
apa guna bijak kalau malas.
apa guna bijak kalau tak guna masa sebaik mungkin.
Nak salahkan apa? Salah diri sendiri tak guna kebijaksanaan diberi.


Cinta.
aku failed. 
apa guna jadi adiwirawati cinta zaman sekolah macam bangang bopren tukar macam tukar kasut.
ada apa dengan cinta ni.
mungkin cinta selalu bertepuk sebelah tangan mungkin cinta tidak kesampaian.


Kemahuan hanya nafsu yang dikawal oleh akal.
Fikir molek sebelum terlambat.



Tuesday, September 10, 2013

kan.



"bila seseorang tu mencari seseorang dikala pisang dan sepi, seseorang tu semestinya istimewa"
- JS (jejaka sepi)

yelah tu.

Friday, August 23, 2013

tak semua

wahai diri sendiri,
bersabarlah hati bersabarlah jiwa,
bukan mudah nak disenangi,
bukan senang nak didamba.

tak semua orang suka cara kita,
tak semua orang senang dengan kita,
tak semua orang sanggup melayani,
tak semua orang puas hati.

walau punya teman seluruh dunia,
bukan semua senang dengan kita,
jangan lagak macam dunia ini kita punya,
dunia ini hanya sementara milikNya.

ingatlah wahai diri,
jangan mudah puas hati,
kembali ke jalan diredhai,
kelak senanglah diri.


Thursday, August 22, 2013

Di sudut bilik hospital

Cuaca diluar tenang tapi jalan raya sesak.
Cuaca didalam sejuk, selimut menjadi teman.

Disudut bilik aku duduk bertemankan laptop asus merah pemberian insan dikatil hospital.
Tiga malam menemani insan ini membuatkan aku terfikir,
Bolehkah aku terus menjaga tanpa mengeluh?
Bolehkan aku terus menyayangi mereka sampai ajal mencari?
Bolehkah aku membalas segala jasa mereka?

YaAllah, aku harap aku tak jadi anak celaka yang dambakan harta dunia tinggalkan keluarga.
Wahai hati, semoga ukiran nama nama dicintai tidak terpadam.

presenting.


Aku bukanlah peminat tegarnya yang pergi sana sini ikut dia dari underground sehingga luar negara.
Cuma muziknya hari hari menjadi makanan jiwa.'
 

selamat berjumpa 8 sept 2013 jika diizinkanNya.
 

Wednesday, August 21, 2013

Lawan.

Kadang-kadang kita lihat mereka gembira bergelak ketawa,
Kadang-kadang kita lihat mereka tidak bertegur sapa.
Kadang-kadang kita hairan mengapa mereka berpaling muka.
Kadang-kadang tanpa sedar mereka berbaik semula.

Kawan,
Ada gula ada cuka,
Ada suka ada duka.

Gaduh gaduh gaduh.
Baik baik baik.
Gaduh baik gaduh baik.
Manis dalam pahit.

Buangkan egomu buangkan rasa janggal mu.
Berbicaralah dengan selesa.
Agar lekas baik dan ketawa bersama.

haihh. rindu.

Back to the track.

Assalamualaikum salam sejahtera salam satu malaysia.

Kerana masalah teknikal yang tidak dapat dibendung maka dengan ini banyak posts kena delete oleh sebab kerna gambar-gambar semuanya hilang dimamah button delete dekat album picasa.
*Nangis.

Ye aku kembali.
Bukan kerna tiada teman bicara.
Isi masa kosong buangkan masa.
Di tepi katil hospital.


Thursday, March 21, 2013

in mind

"You act like a child, im gonna treat you like one.
  You act like an adult, i will treat you like an adult.
 So choose, which you want me to treat you" 

cause we are young.

Sunday, February 17, 2013

baking.

Pencuci mulut yang agak famous sekarang, senang dibuat tak leceh. Sedap sehingga menjilat sudu.

Bahan-bahan:
5 biji telur putih
1cawan gula castor
1sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil rice/white vineger


Pukul telur putih sehingga kembang gebu lepastu masuk gula sedikit demi sedikit.
Masukkan tepung jagung, kacau kacau kacau. Masuk pula esen vanilla dan vinegar. Kacau la sampai sebati.
Oven tu jangan lupa panaskan dulu 180'c.

Ambil spatula.Adunan td letak di atas baking sheet.Bentukkan ikut kesukaan. Bulat ke empat segi ke heart shape ke. Nak buat kecik-kecik pun boleh.Bila nak masukkan adunan bakar kan pada suhu rendah 140'c macam tu.Bakar selama 1 jam ataupun sehingga kekuning-kuningan di atasnya.Belah bawah pun tak lembik sangat.Rasa puas hati.Sejukkan dulu dalam oven biar oven terbukak sikit.

Lepas tu anda hias lah dengan apa jua topping yang anda nak. Letak whipped cream perah lemon bagi masam-masam sebab meringue tu dah manis kan. Letak lah buah-buahan yang enak :)


Saturday, February 16, 2013

siapa tak suka.


Assalamualaikum. Hai kesayangan semua.
Hari hari makan pisang,sebab aku selalu pishang ( bahasa budak2 sekarang) maksudnya boring kot.
tak paham kenapa pisang dikaitkan dgn bosan.
Best la hoi makan pisang hari-hari. Lepas makan mesti rasa nk membuang. Bagus kempis sikit perut.
Nak nak makan salut chocolate dengan caramel. yummylicious.

siapa tak suka perut kempis kan.




Hari-hari ibu akan buat kek atau muffin atau kuih muih. Rajin benorr. Semuanya sebab untuk ayah bawak bekal p kerja. Ayah mana lalu nak makan makanan dekat office tu. So hari-hari jugaklah makan makanan best best. tengok tu pisang lagi. taktau apsal sedap sangat ntah.

siapa tak suka masakan mak kan.





first try. rasa lain pakai macam ni. dekat negara orang saja try pakai mcm ni. takda sapa kenal pun dekat sini. kalau pakai dekat malaysia, rasa tak confident.taktau pasai pa. haha.


siapa tak suka rasa nk bergaya kan.

Thursday, February 14, 2013

note to self

"Before going to sleep every night forgive everyone and sleep with a clean heart"
 baca doa tidur juga.
good night. Assalamualaikum :)

Wednesday, February 13, 2013

noktah.

mohon maaf jika ada salah kata.
aku bukan manusia sempurna.
aku takut jika tidak sempat berkata.
mohon maaf kepada semua.

budak kesayangan beta.

budak kesayangan beta, walau di mana engkau berada engkau tetap sahabat dunia akhirat.
berlari dari kelas, oi apa bosan sangat kelas ni. cari alasan untuk jadi peronda. engkau lah sahabat engkau lah teman berduka lara. terima kasih tidak terhingga ketika aku jatuh, kau ada disisi mendengar kisah yang aku pun bosan dengan realiti. aku menangis, kau turut menangis. aku terharu. semoga kau baik baik saje dimana jua. aku suka sekolah sebab time sekolah la boleh jumpa hari-hari walaupun kadang-kadang kau ponteng meninggalkan aku. takpa aku faham.

budak kesayangan beta, sesungguhnya aku rindu kita berdua.


permulaan.


 Jatuh Cinta.


aku tenang disini. aku jatuh cinta dengan tempat ini. lagi best kalau satu family ada. jalan-jalan bersuka ria bergurau senda. duduk satu meja bergelak ketawa. sesungguhnya aku rindu saat itu. aku rindu segala-galanya. doa supaya ibu ayah sentiasa sihat tidak pernah dilupai setiap masa. aku cuma mahu mereka sihat dan terus berada di sisi anak-anak mereka. walaupun jauh dimata tetapi semua sentiasa di hati walau dimana jua berada.







ohoii. dulu ayah gemuk perut bulat macam along sekarang. tapi sekarang ayah jadi kurus ibu kata nak peluk pun takda isi dah. yaAllah, beri lah kekuatan dan kesihatan yang molek molek untuk mereka.

setiap hari aku jatuh cinta dan sayang dengan orang sama. tidak pernah berubah.



hero-hero yang annoying lagi menyakitkan hati yang suka main game 24 hours, aku tetap anggap semuanya hero yang baik hati dan protective. aku bersyukur kerna aku sahaja perempuan. aku boleh bermanja dan aku tidak perlu kongsi ape pun. tapi aku tahu semuanya sementara. along dah kahwin oi. pada mulanya jealous oi. mana boleh tak jealous tetiba muncul perempuan lain dalam hidup kami. amboi! haha. tapi itu sebentar saje. aku perlu terima hakikat semua akan mendirikan rumah tangga dan aku tidak boleh bermanja lagi. lepas ni manja2 dengan husband lah. oi bakal suami, terima lah aku seadanya.



Pada usia muda, mereka dah berumah tangga, mak bapak mana yang tak suka. Alhamdulillah :)
pada aku lah muda, mereka baru 24 tahun. aku target kahwin pun 26 tahun. Seronok sebenarnya ada kakak ipar. Perut kenyang kak long masak sedap. Maklumlah aku bukan jenis suka duduk dapur masak masak ni.Kalau ada orang masakkan memang best. Hihi. Berita paling gembira buat kami, kak long pregnant dah :D yeay aunty faghah mowwa la lepasni. InsyaAllah kalau diizinkan Allah. Semoga kaklong dan kandungan sentiasa sihat. Lepas ni jatuh cinta dengan anak buah pulak.

Sesungguhnya aku rindu.
Hugs semua orang :*