Sunday, February 17, 2013

baking.

Pencuci mulut yang agak famous sekarang, senang dibuat tak leceh. Sedap sehingga menjilat sudu.

Bahan-bahan:
5 biji telur putih
1cawan gula castor
1sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil rice/white vineger


Pukul telur putih sehingga kembang gebu lepastu masuk gula sedikit demi sedikit.
Masukkan tepung jagung, kacau kacau kacau. Masuk pula esen vanilla dan vinegar. Kacau la sampai sebati.
Oven tu jangan lupa panaskan dulu 180'c.

Ambil spatula.Adunan td letak di atas baking sheet.Bentukkan ikut kesukaan. Bulat ke empat segi ke heart shape ke. Nak buat kecik-kecik pun boleh.Bila nak masukkan adunan bakar kan pada suhu rendah 140'c macam tu.Bakar selama 1 jam ataupun sehingga kekuning-kuningan di atasnya.Belah bawah pun tak lembik sangat.Rasa puas hati.Sejukkan dulu dalam oven biar oven terbukak sikit.

Lepas tu anda hias lah dengan apa jua topping yang anda nak. Letak whipped cream perah lemon bagi masam-masam sebab meringue tu dah manis kan. Letak lah buah-buahan yang enak :)


Saturday, February 16, 2013

siapa tak suka.


Assalamualaikum. Hai kesayangan semua.
Hari hari makan pisang,sebab aku selalu pishang ( bahasa budak2 sekarang) maksudnya boring kot.
tak paham kenapa pisang dikaitkan dgn bosan.
Best la hoi makan pisang hari-hari. Lepas makan mesti rasa nk membuang. Bagus kempis sikit perut.
Nak nak makan salut chocolate dengan caramel. yummylicious.

siapa tak suka perut kempis kan.




Hari-hari ibu akan buat kek atau muffin atau kuih muih. Rajin benorr. Semuanya sebab untuk ayah bawak bekal p kerja. Ayah mana lalu nak makan makanan dekat office tu. So hari-hari jugaklah makan makanan best best. tengok tu pisang lagi. taktau apsal sedap sangat ntah.

siapa tak suka masakan mak kan.





first try. rasa lain pakai macam ni. dekat negara orang saja try pakai mcm ni. takda sapa kenal pun dekat sini. kalau pakai dekat malaysia, rasa tak confident.taktau pasai pa. haha.


siapa tak suka rasa nk bergaya kan.

Thursday, February 14, 2013

note to self

"Before going to sleep every night forgive everyone and sleep with a clean heart"
 baca doa tidur juga.
good night. Assalamualaikum :)

Wednesday, February 13, 2013

noktah.

mohon maaf jika ada salah kata.
aku bukan manusia sempurna.
aku takut jika tidak sempat berkata.
mohon maaf kepada semua.

budak kesayangan beta.

budak kesayangan beta, walau di mana engkau berada engkau tetap sahabat dunia akhirat.
berlari dari kelas, oi apa bosan sangat kelas ni. cari alasan untuk jadi peronda. engkau lah sahabat engkau lah teman berduka lara. terima kasih tidak terhingga ketika aku jatuh, kau ada disisi mendengar kisah yang aku pun bosan dengan realiti. aku menangis, kau turut menangis. aku terharu. semoga kau baik baik saje dimana jua. aku suka sekolah sebab time sekolah la boleh jumpa hari-hari walaupun kadang-kadang kau ponteng meninggalkan aku. takpa aku faham.

budak kesayangan beta, sesungguhnya aku rindu kita berdua.


permulaan.


 Jatuh Cinta.


aku tenang disini. aku jatuh cinta dengan tempat ini. lagi best kalau satu family ada. jalan-jalan bersuka ria bergurau senda. duduk satu meja bergelak ketawa. sesungguhnya aku rindu saat itu. aku rindu segala-galanya. doa supaya ibu ayah sentiasa sihat tidak pernah dilupai setiap masa. aku cuma mahu mereka sihat dan terus berada di sisi anak-anak mereka. walaupun jauh dimata tetapi semua sentiasa di hati walau dimana jua berada.







ohoii. dulu ayah gemuk perut bulat macam along sekarang. tapi sekarang ayah jadi kurus ibu kata nak peluk pun takda isi dah. yaAllah, beri lah kekuatan dan kesihatan yang molek molek untuk mereka.

setiap hari aku jatuh cinta dan sayang dengan orang sama. tidak pernah berubah.



hero-hero yang annoying lagi menyakitkan hati yang suka main game 24 hours, aku tetap anggap semuanya hero yang baik hati dan protective. aku bersyukur kerna aku sahaja perempuan. aku boleh bermanja dan aku tidak perlu kongsi ape pun. tapi aku tahu semuanya sementara. along dah kahwin oi. pada mulanya jealous oi. mana boleh tak jealous tetiba muncul perempuan lain dalam hidup kami. amboi! haha. tapi itu sebentar saje. aku perlu terima hakikat semua akan mendirikan rumah tangga dan aku tidak boleh bermanja lagi. lepas ni manja2 dengan husband lah. oi bakal suami, terima lah aku seadanya.



Pada usia muda, mereka dah berumah tangga, mak bapak mana yang tak suka. Alhamdulillah :)
pada aku lah muda, mereka baru 24 tahun. aku target kahwin pun 26 tahun. Seronok sebenarnya ada kakak ipar. Perut kenyang kak long masak sedap. Maklumlah aku bukan jenis suka duduk dapur masak masak ni.Kalau ada orang masakkan memang best. Hihi. Berita paling gembira buat kami, kak long pregnant dah :D yeay aunty faghah mowwa la lepasni. InsyaAllah kalau diizinkan Allah. Semoga kaklong dan kandungan sentiasa sihat. Lepas ni jatuh cinta dengan anak buah pulak.

Sesungguhnya aku rindu.
Hugs semua orang :*