Friday, August 23, 2013

tak semua

wahai diri sendiri,
bersabarlah hati bersabarlah jiwa,
bukan mudah nak disenangi,
bukan senang nak didamba.

tak semua orang suka cara kita,
tak semua orang senang dengan kita,
tak semua orang sanggup melayani,
tak semua orang puas hati.

walau punya teman seluruh dunia,
bukan semua senang dengan kita,
jangan lagak macam dunia ini kita punya,
dunia ini hanya sementara milikNya.

ingatlah wahai diri,
jangan mudah puas hati,
kembali ke jalan diredhai,
kelak senanglah diri.


Thursday, August 22, 2013

Di sudut bilik hospital

Cuaca diluar tenang tapi jalan raya sesak.
Cuaca didalam sejuk, selimut menjadi teman.

Disudut bilik aku duduk bertemankan laptop asus merah pemberian insan dikatil hospital.
Tiga malam menemani insan ini membuatkan aku terfikir,
Bolehkah aku terus menjaga tanpa mengeluh?
Bolehkan aku terus menyayangi mereka sampai ajal mencari?
Bolehkah aku membalas segala jasa mereka?

YaAllah, aku harap aku tak jadi anak celaka yang dambakan harta dunia tinggalkan keluarga.
Wahai hati, semoga ukiran nama nama dicintai tidak terpadam.

presenting.


Aku bukanlah peminat tegarnya yang pergi sana sini ikut dia dari underground sehingga luar negara.
Cuma muziknya hari hari menjadi makanan jiwa.'
 

selamat berjumpa 8 sept 2013 jika diizinkanNya.
 

Wednesday, August 21, 2013

Lawan.

Kadang-kadang kita lihat mereka gembira bergelak ketawa,
Kadang-kadang kita lihat mereka tidak bertegur sapa.
Kadang-kadang kita hairan mengapa mereka berpaling muka.
Kadang-kadang tanpa sedar mereka berbaik semula.

Kawan,
Ada gula ada cuka,
Ada suka ada duka.

Gaduh gaduh gaduh.
Baik baik baik.
Gaduh baik gaduh baik.
Manis dalam pahit.

Buangkan egomu buangkan rasa janggal mu.
Berbicaralah dengan selesa.
Agar lekas baik dan ketawa bersama.

haihh. rindu.

Back to the track.

Assalamualaikum salam sejahtera salam satu malaysia.

Kerana masalah teknikal yang tidak dapat dibendung maka dengan ini banyak posts kena delete oleh sebab kerna gambar-gambar semuanya hilang dimamah button delete dekat album picasa.
*Nangis.

Ye aku kembali.
Bukan kerna tiada teman bicara.
Isi masa kosong buangkan masa.
Di tepi katil hospital.