Thursday, December 28, 2017

NAK UPDATE CERITA 2017!!!


Ingatkan tahun 2017  ni rajin nak menaip. Rupanya takkk . HAHA!!! Walaupun banyak masa sebab menganggur lama tapi tak jugak rajin nak menaip. Ni dah nak habis 2017 lagi beberapa hari ni baru nak update cerita yang lama tertunggak. Nak simpan dalam blog semua cerita ni sebab mana tau one day tetibaa nyanyuk ke lupa ke boleh baca balik kan.

Summary 2017 tengah dalam process. Pastu nanti nak cerita pasal Trip Piranhas ke Jogja. Then Trip New Zealand yang tak dapat dilupakan. Lepastuuu trip mencabar minda dan fizikal fuhhh. Lepastu tengoklah apa lagi yang rajin. Hihi 😊

Pertama Kali Mengerjakan Umrah Part 2

Dah berzaman dah nak sambung post pasal pengalaman umrah sampai sekarang tak sambung sambung sebab malas nak menaip. Pastu dah nak masuk 2018 dah ni woi dah basi dah cerita. HAHA! Tapi pengalaman menjejakkan kaki dekat tanah suci tu memang takkan pernah lupa sebab memang sangat sangat best! Hopefully kengkawan, kenalan, family semua dapat merasai sendiri berada dekat tanah suci tu. InsyaAllah mudah mudahan satu hari nanti. Farah pun nak sangat pergi lagi! Rindu.

Haritu ada buat video kenang kenangan dekat sana. Nah saksikan lah tempat tempat yang farah pergi melawat.



Pergi Jabal Thur, lepastu melawat ke Jabal Rahmah. Dapatlah tengok tempat orang mengerjakan haji dekat Arafah, Mina dan Mudzalifa. Dapat jugak peluang mendaki Jabal Nur dan berada di dalam Gua Hira'. Fuhh nak mendaki tu semput gak huiii sebab memang Farah tak fit langsung HAHA. Ktorang buat lawatan ke muzium jugak. Muzium exhibition architecture masjidil haram dan masjid nabawi. Lepastu ada pergi dekat pasar buah buahan. Memacam ada semua buah pun sedappp. 












Hari Ke 8, tibalah waktu meninggalkan tanah suci mekah :( Sedih. Time buat tawaf wida tu memang sedih sangat. Dan betul betul banyak berdoa depan Kaabah. Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Tengahari tu bertolak ke Madinah pulak malam baru sampai.




Esoknya baru ke masjid nabawi. Ada orang guide nak ke masjid nabawi dan bawak jemaah ke tempat yang sangat istimewa iaitu taman syurga di dalam masjid nabawi ,Raudhah :) Susah nak dapat masuk ke kawasan raudhah ni. Semua orang impikan nak solat dan berdoa dalam kawasan tu. Raudhah ni duduknya di sebelah makan Nabi Muhammad S.A.W. Kalau untuk jemaah perempuan ada waktu tertentu je yang boleh masuk. Farah dapat pergi sekali je. Tu pun dah bersyukur sangat dapat peluang. Lepastu kawasan raudhah ni karpet dia colour hijau. Kalau boleh tak perlu lama lama dalam tu bagi jugak peluang dekat orang lain untuk masuk. Time masuk tu memang berpusu pusu orang, nak solat pun kena hati hati kena ada partner yang jaga sebab takut orang terpijak kita. Alhamdulillah dapat la jugak solat sunat dan berdoa dalam raudhah tu.



Esoknya pergi lawatan ke beberapa tempat sekitar madinah. Pergi ke bukit Uhud, Masjid Quba dan Ladang Kurma. 








Hari terakhir dekat madinah ni jatuh pada hari Jumaat. Alhamdulillah dapatlah merasa solat jumaat dekat Masjidil Haram dan solat jumaat dekat Masjid Nabawi. Tapi time solat tu boleh pulak pitam. Tetiba terhuyung hayang terus jatuh terduduk. Habis solat ibu amikkan air duduk jap. Tak kisah time tu orang dok lalu lalang pening kepala sangat. Dah okay sikit baru balik hotel. Lepas solat asar bersiap untuk pulang :( 

Mestilah sedih nak tinggalkan madinah ni. Taktau bila akan dapat lagi peluang pergi sana. Mudah mudahan ada lagi rezeki nak ke tanah suci. Amin! 





Monday, June 5, 2017

Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Entri kali ni farah akan ceritakan serba sedikit perjalanan ketika mengerjakan umrah pada akhir bulan 3 itu hari. Pengalaman yang sangat bermakna dan so far yang paling best dalam hidup. Alhamdulillah dapat diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Syukur sangat dapat pergi menjejakkan kaki ke tanah suci. So farah pergi sekali dengan ibu ayah dan adik lelaki (Anwar). Kami menggunakan khidmat Jom Kembara Travel & Tours. Superb πŸ‘Œ Walaupun jemaah ramai tapi diorang handle dengan baik semuanya. Trip kali ni seramai 171 orang yang pergi bersamaan dengan 4 bas. Alhamdulillah!

Pada tanggal 28 Mac 2017, bermulalah perjalanan untuk pergi mengerjakan umrah. Pagi lagi dah keluar rumah sebab kena ada dekat airport pukul 10 pagi. Permulaan perjalanan pun ada tersekat sikit sebab flight delayed. Dari sepatutnya pukul 2pm jadi 8pm sudahnya pukul 11pm ke kot baru depart. Lagi rasa nervous time tu tapi okay je semua. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam camtu. Dalam flight apa lagi tidur je la sepanjang perjalanan, bangun pun untuk makan.


Sampai dekat airport madinah time tu dah nak masuk subuh. Lepas selesai urusan beg apa semua, bermulalah perjalanan ke Tanah Suci Mekah dengan menaiki bas. Perjalanan ke Mekah dari Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Dalam perjalanan tu singgah di Bir Ali untuk makan tengahari, solat dan bermiqat. Di Bir Ali jemaah dah mula berniat untuk mengerjakan umrah dan dah mula pantang larang yang perlu dijaga.


Setibanya di kota mekah, sayunya je rasa. Ntah la taktau cemana nak gambarkan perasaan tu. Gembira ada terharu ada dan rasa tak percaya boleh jejakkan kaki dekat tanah suci. Nangis dalam hati. Sampai je terus check in hotel. Kami duduk di Hotel Malak Altaqwa yang jaraknya adalah dalam 200 meter mungkin dari masjidil haram.



 Jadual telah ditetapkan sepanjang kami disini. So pada hari pertama, setelah selesai solat isyak semua jemaah akan mengerjakan umrah yang pertama. Nervous! Kami dipecahkan dalam beberapa group dan setiap group dibawa oleh seorang mutawif yang akan membimbing para jemaah untuk mengerjakan umrah.

Pertama kali menjejakkan kaki di masjidil haram time tu dah dupdapdupdap yaAllah! rasa macam tak percaya. Dan pertama kali melihat Kaabah depan mata, nangis! 😒Tak tergambar perasaan time tu. Kami dinasihatkan untuk tidak berpecah ketika melakukan tawaf dan mejaga satu sama lain. Maklumlah kita orang malaysia ni kecik cinonit je. Tapi ingat time tawaf tu kita kena niat untuk tawaf sahaja tak boleh ada niat lain contohnya macam tengah tawaf tu tetiba mak hilang sebelah kita, jangan kalut dok tercari cari dia sebab nanti dah lari niat untuk tawaf. Alhamdulillah lagi kita dekat dengan kaabah lagi kecik pusingan tawaf. Lepas selesai tawaf cari tempat untuk solat sunat. Time doa depan kaabah tu nangis la bergelen gelen tak rasa malu dekat orang keliling pun. (Selalu rasa malu tak suka nangis depan orang)



Selepas tawaf kita pergi pulak ke rukun seterusnya iaitu saie di antara bukit safa dan marwah 7 kali pusingan. Saie dimulakan dari bukit safa dan berakhir di bukit marwah. Dari safa ke marwah dikira satu pusingan dan dari marwah ke safa satu pusingan lagi. Time saie ni agak letih sikit for me. Tapi boleh berhenti henti rehat minum air zamzam yang disediakan sepanjang jalan. Dalam perjalanan tu ada satu part  yang disunatkan untuk kaum lelaki berlari lari anak. Sepanjang lampu hijau.

*gambar diambil selepas selesai melakukan umrah.

Selepas selesai saie, rukun seterusnya ialah bertahalul/bercukur/gunting rambut. Lepas je pusingan yang terakhir sampai dibukit marwah mutawif bacakan doa dan dibukit marwah jugalah jemaah perlu bertahalul sekurang kurangnya 3 helai rambut. Tapi untuk lelaki elok la bercukur botak terus. Bawak gunting sendiri senang tak perlu tercari cari.

Dan rukun yang terakhir tertib maka selesailah umrah yang pertama dan pengalaman pertama alhamdulillah :) Alhamdulillah diberi peluang untuk melakukan 3 kali umrah. Walaupun sebenarnya nak sangat buat lebih dari tu insyaAllah mudah mudahan diberi peluang lagi.


Selain pergi kursus, farah belajar dari pengalaman orang orang lain yang pergi umrah baca blog2 orang. Dan yang farah suka entri dari blog ni http://ayumipoyo.blogspot.my/2015/08/video-cara-mengerjakan-umrah-dan-ziarah.html Siap ada video so senang nak faham πŸ‘Œ

Okay nanti sambung next post! πŸ’—

Friday, June 2, 2017

Dah tak larat


Apa yang bermain di fikiran,
Biar melayang atau pahatkan.
Kau yang tentukan.
Hapuskan dibenak fikiran kalau melarat.

 


12.45am
Telok Panglima Garang 

Convocation.

5 Tahun ambik masa untuk habiskan degree. Orang lain 3,4 tahun je dah habis. Tapi farah ni lambat sikit kena tambah setahun untuk habiskan. huhu! Sedih, sedih gila bila kena extend year. Sedih sebab takde kawan. Jauh pulak tu nak ulang alik. Time tu down betul. Down yang sangat sangat down nak mateyyyyy. Tapi teruskan jugak sebab utama sepanjang degree JPA yang tanggung, kalau tak habiskan dah langgar kontrak. Yang kedua sebab cuma ada sijil matrik je 😭 nak taknak kena habiskan jugak by hook or by crook. Dan sebab lain mestilah sebab harapan mak bapak dan harapan diri sendiri.


Sedih gila kena pergi class sorang, pergi balik class je takde nak makan sekali ke pergi memana sekali ke apa. Nasib tidak menyelebahi ingatkan extend satu sem je rupanya failed lagi 2 subjek yang tak boleh nak ambik supp paper. So nak taknak kena repeat sem. So masuklah sem 10. SEMESTER SEPULUH okay guys. Nangis satu hari time dapat result. Nangis satu hari lagi sebab tak boleh nak ambik supp paper. Tambah nangis bila orang tanya tak habis belajar lagi ke? Hmm..
"Ada satu hari tu time sem 10, dah sampai uitm dah siap parking tetiba dapat text CLASS CANCEL. Time tu tuhan saja tahu macam mana sakitnya hati farah ain. Dah la jauh, minyak satu hal, tol lagi, tenaga lagi nak drive. Hmm..Pastu cancel balik rumah balik. Dua jam atas jalan (pergi sejam balik sejam) camtu je terbuang."

Alhamdulillah tahun lepas dapat jugak habiskan degree tapi masih tak kerja sampai sekarang. Doakan farah murah rezeki cepat dapat kerja :) So bulan 4 haritu baru convo. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah! Syukur ibu ayah pun dapat datang. Adik adik kakcik pun datang. Kawan kawan pun ada datang. Seronok 😁😁 Yang datang bagi bunga, yang tak datang tapi bagi bunga, yang datang nangis sambil bagi pelukan, yang saja datang, yang rasa dia takde function pun datang tapi dia dah janji nak datang dan datang jugak 😊 tak lupa juga yang esoknya celebrate makan pecel dan bagi belon dan ceklat. Oh dan juga everyone yang wish congrats dan sentiasa mendoakan .Syukur Alhamdulillah Happy tak terkata!

Sekarang tengok gambar pun masih happy. Time tulis post ni pun happy sangat. Huhu.


Thursday, June 1, 2017

Tanam Anggur

Dari raya tahun lepas 2016 sampai la dah masuk puasa tahun ni 2017 masih setia menjadi penganggur sampai orang pun dah boring kot nak tanya. Plan memang nak cuti dulu taknak kerja few months lepastu baru cari kerja. Pastu macam menyesal sikit sebab tak cari awal, sekarang dah boring gila tak kerja. Ada sorang kawan sampai siap cakap 

"Please, lepas ni kalau aku ajak lepak nak dengar kau bagi alasan busy kerja" πŸ˜“πŸ˜“

Punyalah dia nak sangat Farah Ain ni kerja. Memanglah nak kerja tapi belum ada rezeki lagi. Haritu ada dah pergi satu interview audit firm tapi malangnya I screwed up the interview. Teruk gila helloooo macam tak apa je malu pun ada. Sebabnya tak ready langsung, salah diri sendiri sebab tak pernah nak refresh balik apa yang belajar dulu, tak practice untuk iv, semua benda last minute (document semua sedia sehari sebelum, google & tanya kawan pasal audit pagi hari nak iv tu).
Bukan nak salahkan company tu tapi dia panggil iv hari isnin tu time tu dalam DATC tengah convo. Tau tak penat gila seharian. Pastu esoknya suruh datang iv. Dah mintak tangguh nak hari rabu tapi dia tak available hmm....

Takpelah bukan rezeki. So sekarang pun kengkawan ada yang tolong, ada job vacancy je diorang whatsapp bagitau, bagi senarai audit firm, bagi notes untuk study pasal audit etc. Alhamdulillah ada jugak yang doakan farah murah rezeki dapat kerja cepat.

So harap semua orang terus mendoakan farah dapat kerja cepat, murah rezeki. Amin :)

Monday, January 2, 2017

Food Hunting in Penang.

Aku jenis suka trip mengejut macam tengah lepak tetiba "Weh guys, Jum pergi JB!" dan best gila seruan disambut dengan "JUM!!" Macam tu lah trip penang terjadi. Hihi 😁 Tapi cuma plan asal JB tukar ke Penang je la sebab alang alang nk food hunting baik pergi Penang sebab semua pun tau PENANG IS A FOOD PARADISE kan! πŸ’“ When we are talking about Penang, we will surely have to talk about FOOD kannn guys.

So hari jumaat tu book hotel. Ni pun random je pilih. Nasib baik best! Dah la macam kampung opah. Time book tu tak perasaan yang bilik tu takde attached bathroom so macam alaaaa kena kongsi bilik air dengan orang lain 😭 Pergi jelah check in jugak situ. Nama hotel tu Chulia Heritage Hotel dekat Chulia Street, Georgetown. Korang google jela kalau nak tengok cemana hotel tu sebab haritu takde tangkap gambar sebab camera phone rosak so sad 😭😭 Dia macam rasa kampung opah sebab bilik kitorang dekat atas so sebelum naik tu kena bukak kasut. Kasut letak je dkt rak yang disediakan. Dekat atas banyak bilik bilik lepastu bilik air ada dalam 8 ke 10 camtu. Tingkat bawah semua rooms with attached bathroom.

Bila dah naik atas tu kitorang fefeeling balik kampung opah. Semua orang dekat situ cousins kitorang. Haha! Cina ke india ke foreigner memana semua cousins. Opah ada so much of mix lotsss of mixxxxx kalah Coco. Hotel tu cantik bagi aku sebab dah la semua all white, bilik dan bilik air pun bersih dan kemas.

Sebab ini adalah trip mengejut, so kitorang tak plan pun apa apa sebelum datang ke Penang. Maksud tak plan tu,kitorang taktau pun nak pergi mana dan taktau pun apa ada dekat sini. So sampai hotel baru nak google apa makanan best dekat penang. Adalah dalam 10 tempat kitorang plan nak pergi tapi berjaya pergi 7 tempat makan sahaja dan semuanya best dan sedap!

1) Nasi 7 Benua. 

 Koo Boo Cafe, Sungai Ara, Bayan Lepas.


2) Ayu Mee Udang

Teluk Kumbar, Bayan Lepas.


3) Pasembor Kedai No 9.

Gurney Drive Hawker Centre


 4) Roti Canai & Roti Bakar


Transfer Road, Georgetown.


5) Nasi Kandar Deen

 Jelutong


6) Laksa Janggus

Kampung Perlis, Balik Pulau


7) Char Kuey Teow

Sungai Dua, Butterworth. 


Sempat singah jetty jugak untuk sesi chillin santai sambil tengok sunset.



Food hunting trip kali ni telah dijayakan oleh tidak lain dan tidak bukan geng zabedah 3 ketul daging 3 ekor piranhas. Thank you so much guys 😘😘