Tuesday, March 6, 2018

Ipoh Getaway!

Whatsuppppp Ipoh! Farahmorra back in town!!

Last datang ipoh 2016 la tak silap. Time tu macam rasa nak pergi jalan so pergi dengan Athirah and Ayep balik hari je. Kali ni pergi Ipoh sebab nak spend time dengan Memey sebelum dia jadi bini orang dan ada yang tak dapat nak datang wedding memey so jumpa la weekend haritu. Bila pergi dengan Piranhas ni tempat makan confirm best. So kita cerita tempat makan yang kitorang pergi dekat ipoh itu hari ye. Sikit je tempat kitorang pergi sebab pergi pun 2 hari je lepastu sabtu malam dah habiskan masa dekat Hotspring Tambun.

Farah dengan Paijah Elai gerak dari Kota Damansara dalam pukul 930 camtu lepastu singgah Tapah ambik Sopiah Jenal terus bergerak ke Ipoh ambik Afey dan first pit stop adalah,

1) Cendol Wawasan, Bercham.

Not a fan of Cendol tapi this is the best Cendol yang Farah pernah makan so far. Cukup rasa dan santan yang berlemak sumpah sedap tak tipu weh. Mamak yang jual dia bawak motor park depan Petron. Dulu Afey kata dia niaga dekat Tesco Extra sekarang ada dekat Petron. Nasib baik Syaza pun baru gerak dari tapah lepastu Memey pun ada hal so kitorang ada masa untuk pergi makan cendol SYUKUR YA ALLAH kau temukan aku dengan cendol yang sedap.






2) Restoran Nasi Vanggey, Greentown

Farah jenis tak suka sangat Nasi Kandar, Nasi Ganja ke Nasi Vanggey ke tapi boleh je la makan kalau orang ajak. Jenis tak suka makan kari sangat. Not bad la boleh la habis makan nasi separuh dengan lauk ayam, sayur, telur masin, papadom dan kuah campur banjir. Ayam dia sedapp. Time kitorang datang tu pun tak ramai sangat orang so okaylah makan dengan selesa.





Lepas tu berhenti rehatkan perut dulu, kitorang pergi check in rehat solat tunggu asar baru keluar balik.

3) MK Chocolate House

Saja singgah nak beli air Chocolate. Niat nak beli Air Chocolate jeee tapi bila masuk aduhh rambang mata tengok banyak chocolate! Memang memborong la huiii. Jumpa pulak milo cube, daim, tiramisu semuanya favouriteee. Love terox!





4) Mee Kari Mat Jasak

Yang ni dah pernah rasa time pergi dengan Trex & Ayep tapi lupa rasa dia camne tapi tau sedappp. Dan tak ingat cane mee kicap tu! Luls. Boleh pilih mee/kuey teow kicap tu nak kuah kari ke sup. Lepastu boleh pilih nak letak bebolalicious apa pelbagai jenis bebola ada. Kuey teow goreng pun sedap gilsss.




Lost World Hotspring and Night Park





Lepas dah recharge dah makan kenyang kitorang pergi menuju ke acara seterusnya, bukan makan tapi pergi mandi manda dekat Lost World of Tambun. Kalau belah malam, ada hotspring. Tiket dah siap beli online sorang RM35.75. Lepas solat maghrib baru kitorang memulakan acara terjun dalam kawah. Tengah nak menuju ke kolam air panas, ada staff dekat situ approach kitorang bagitau nanti ada persembahan lion dance dan boleh visit luminous forest. Cantik teroxxx luminous forest ni. Macam korang masuk hutan tetiba ada bunga yang bercahaya pokok pokok bercahaya ada orang asli pegang tombak. Check la dekat website Tambun untuk info yang lebih mendalam.






Nasib baik staff tu bagitau pasal luminous forest ni kalau tak,tak tau pun ada. Yang kitorang tau ada petting zoo je. Lepas dah seronok mandi air panas, air sejuk. Kitorang singgah melawat haiwan haiwan ternakan dekat petting zoo. Perut pun dah berkeroncong lagu metal minta diisi. Tukar baju dan lets jum makan lagiii.





5) Gerai Nasi Goreng Udang

Ya tuhan ku terima kasih di atas rezekimu ini! Bagi Farah memang sedap sangattttt Nasi Goreng Udang ni. Dengan udang melimpah ruah ke ladang nasi, Allahu sedapnyaaaa. Tapi harga pun boleh tahan gak la tapi berbaloi!!! Kitorang order dua pinggan je kongsi 6 orang.





6) Dataran MBI

Disebabkan tadi order dua pinggan je nasi goreng udang, so kitorang mencari lagi makanan. Perut belum puas lagi. So pergi lah Dataran MBI cari yongtaufu. Adalah satu kedai je boleh la nakkk. Makan je lah demi memenuhi kehendak perut memasing. Order sekali Cheese Fries.





Okay cukup untuk hari ini, balik rumah la apa lagi. Tapi sempat singgah 7 eleven jap beli kuaci dan samyang. Nak membawang sebelum tidur kena lah ada kudap kudapan. Dekat pukul 3 baru masuk tidur membawang punya pasal.




Sambung episod jalan jalan cari makan di Ipoh jummm. Dah lapar ni oiii jum keluar breakfast like a queen!

7) Restoran New Hollywood

Malam semalam dah search dekat instagram tempat ni pastu tengok gambar orang post nak jugak sebijik macam orang tu nak pastikan meja penuh dengan makanan. Dan taraaaaaaaa hasil order kami! hihi :D Semua sedap gilsss. Cakoi dia rangup sedap, semua lah sedap. Kuey teow goreng, mee kari, Chee Cheong Fun, Mee Kicap arghhh semua sedap rindunyaaaaa.





Dah kenyang melantak breakfast like a queen. Kitorang nak pergi jenjalan dekat Concubine Lane pulak. Cuaca panaih lit lit, dapat berendam dalam sungai syok aihhh.


8) Concubine Lane/Panglima Lane

Gunakan khidmat google jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang sejarah tempat ni. Time kawan cakap nak pergi concubine lane taktau pun apa tempat ni yang tau nak pergi makan rainbow cheese toast. Huhu. So bila dah sampai cam wowwww cantiknya lorong ni. Sedikit sesak biasalah weekend kan orang berhimpit di lorong yang kecil. Jumpa kedai mainan berhenti jap video call faiq fayyad tanya nak topeng hulk takk, terus beli! Kitorang pergi sini sebab nak rasa rainbow cheese toast.






i- Kuma Rainbow Cheese Toast


Disebabkan keunikan dia yang berwarna warni, so harga dia agak luar biasa berbanding cheese toast biasa yang anda pernah makan/beli. For me, sedap je macam toast biasa yang melimpah ruah cheesenya. Farah memang suka gilaa cheese so suka je dan sedap. Tapi beli sekali cukup lah kot untuk ambik gambar dan rasa haha!





ii- Cotton Candy

Alang alang nampak cotton candy yang comel kita beli lah. Request bentuk love sempena meraikan Memey yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Farah memang suka benda manis ni, so memang rakus menerkam cotton candy tersebut. Memey dan Afey sempat merakam aksi piranhas kami membaham cotton candy tersebut yang dihabiskan dalam few seconds saja hahahaha.





Lepas concubine lane, kitorang menuju ke area plan B saja jalan amik gambar je tak makan pape pun dekat situ. Lepas tu pergi rumah Pejah ada kenduri tahlil pergi melawat dia. Time ni semua dah exhausted gilaaa dapat surau ni best ni! So singgah surau berdekatan rumah Pejah, apa lagi kita mau buat, tidur laaaa! Tak tak, sebelum tu kami solat la dulu baru melabuhkan tirai. Tidur yang paling lena sekali sampailah tuhan hadirkan seorang makcik ketuk pintu dan bukak secara mengejut lalu kami terjaga serentak. Padahal baru tidur tak sampai setengah jam tapi dia punya lena supppp lena betui. Kami telah membuat keputusan untuk singgah rendam kaki di sungai berdekatan. Cuaca panas camni sedap berendam dalam sungai tapi apakan daya baju takdakk so rendam kaki dan berehat tepi sungai pun jadilah.




Waktu waktu petang gini, syok pekena laksa, cendol kan so kami teruskan misi mencari makanannnn.

9) Padang Polo/Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz

Kebetulan dalam kereta memey ada tikar picnic so apa lagi picnic bawah pokok la kami. Syurga betul nampak laksa, cendol, bebolicius, lekur. uishhhh semua nak beli!! Kitorang pilih untuk beli laksa di gerai lori tulis Laksa Kedah. Setiap kali datang ipoh memang makan laksa dekat situ. Memang sedapp. Lepastu beli keropok lekor dengan bebolicious jugak dekat situ. Sebelah tu ada cendol beli cendol. Jalan ke depan lagi beli teh ais kaw dengan takoyaki. Nikmat apa yang kau mahu dustakan. YaAllah terima kasih diatas rezekimu ya Allah!





Dah sampai penghujung trip ni. Sedihhhh mesti rindu semua makanannnn. Okay last kami order minum jaaa.


10) Medan Selera Greentown: Gerai No 77 Aliffullah

Tak larat nak makan dah dan mengejar waktu nak balik, hantar afey p kedai singgah jumpa mak dia dan order sekali air. Dari dulu sampai sekarang memang favourite betul mangga susu dengan dragonfruit susu afey. Sedap!





Memey pun menghantar kami pulang ke kereta memasing dkt kinta riverfront dan kami membawa haluan memasingggg. Bye guyssssss see you when i see you.