Friday, July 6, 2018

TRIP KE NEW ZEALAND Day 5.

DAY 5 (14/11/2017)
Pagi tu check out dari Twizel Holiday Park dan hari ni kami akan menuju ke Bandar Dunedin. Dari Twizel ke Dunedin ni kami akan singgah ke dua tempat iaitu, Clay Cliffs dan Moeraki Boulders. Dari twizel ke Clay cliffs tu pun dekat je dalam 25-30 minit camtu kot. Nanti korang Waze je takpun guna GPS. Ingat tau kalau nak guna GPS lagi senang masukkan coordinate kalau tak jumpa exact location dekat GPS tu. Kalau dah nampak signboard tempat yang nak dituju tu hah betul lah tu.




Kalau macam Clay cliffs ni memang tempat dia kedalam. Dalam kawasan private property. Nak masuk tu pun ada pagar yang korang kena bukak sendiri dan tutup balik. Kena bayar 5 nzd/per car. Takde orang jaga tapi bayar je lah guys ada sedia tabung tepi tu. Dah masuk pagar tu gerak ke dalam lagi sampai la jumpa kawasan lapang untuk park kereta. Dan korang berjalan la kaki sikit untuk ke kawasan clay cliffs. 


Kena jalan kaki dari tempat parking kereta. Nun disana Clay Cliffs.






Ada sungai yang mengalir deras area clay cliff tu


Keluar balik ke jalan besar benti tepi jalan tangkap gambar kambing sat.


Dari clay cliffs kami menuju pula ke Moeraki. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Tempat ni menjadi tarikan para pelancong sebab orang nak pergi tengok Moeraki Boulders, Apa benda tu? 


"The Moeraki Boulders are unusually large and spherical boulders lying along a stretch of Koekohe Beach on the wave-cut Otago coast of New Zealand between Moeraki and Hampden. They occur scattered either as isolated or clusters of boulders within a stretch of beach where they have been protected in a scientific reserve. The erosion by wave action of mudstone, comprising local bedrock and landslides, frequently exposes embedded isolated boulders. These boulders are grey-colored septarian concretions, which have been exhumed from the mudstone enclosing them and concentrated on the beach by coastal erosion."

SUMBER : WIKIPEDIA.





Hah tahu dah? Kalau taktahu kita tengok gambar je la k guys :D

Jalan menuju ke pintu hati sayaaaa. Huhu. 
Ni jalan menuju ke tepian pantai lerr. Turun tangga sikit lepastu nanti korang nampak la laut terbentang luas di depan mata.


Gigih woi lari cecepat naik atas batu lepastu tunggu ombak berlalu pergi turun lari balik sebab takmau basah.


Setelah puas bergambar dekat moeraki boulders ni, masa untuk bergerak ke Dunedin. Perjalanan mengambil masa dalam satu jam.

Dalam perjalanan menuju ke hati awak. Eh menuju ke Dunedin.

Sampai je dekat Dunedin kami terus cari Leith Valley Holiday Park untuk check in dan lunch. Kali ni kami lunch dekat luar kabin. Saja ambik angin luar picnic dekat luar bilik. Walaupun matahari terik tapi berangin sejuk yaTuhanku!

Cabin kami yang comel :)

Lunch luar kabin


Lepas siap makan, solat apa semua kami meneruskan pengembaraan kami. Kemanakah kita? Ke Tunnel Beach ke kitaaaa. Dah sampai dekat tunnel beach ni, memula plan takyah turun sampai bawah la penat la. Tapi dah jalan tangkap gambar tetiba dah sampai ke bawah. HAHA! Lepastu engko nak naik balik semput ya amat. Tapi takpelah demi pengalaman dan gambar.

Permulaan, 1 hour return huhu. Sejam bagaikan setahun
Plan nak sampai sini jeeee kononnya. 

Eh tetiba dah sampai sini hahaha


Duduk duduk bersantai jap penat

Matahari terik memancar tapi sejukkkk

Nampak tak penatkan jalan dari atas sampai ke bawah dan naik balik ke atas. Haha! Weh kalau dekat malaysia lecak ketiak weh. Penat gila dan ampun sis ni memang tak fit langsug. Sampai kereta, jumpa geng orang Malaysia jugak. Cakap dekat diorang good luck la nak naik balik nanti. Rehat jap lepastu gerak ke tempat lain pulak.

Engkorang rasa semput tak semput la nak naik ni. Turun memang la syok. Nak naik balik padan muka! 

Kita bergerak ke Dunedin Railway Station. Stesen kereta api yang dah lama dibuka sejak tahun 1906 (sumber: wikipedia) dan masih beroperasi sehingga kini. Ambik dua tiga gambar jap pastu chow la. Percaya lah kau dua tiga gambar! Korang tengok sendiri la berapa gambar Farah post.







Lepas dah puas berjalan sekitar Railway Station, kita pergi daftar kolej pulak la! Hihi. Nak daftar University mana ni eh? Kita pergi University of Otago. Kitorang pergi sini sebab nak cari Clock tower tapi sesat ntah memana lah pusing dua tiga kali jalan yang sama. Last last dengan bantuan google, signboard pe semua baru jumpa. Clock Tower ni dekat Registry Building. Time sesat tu pun kitorang sempat la jugak tangkap gambar sekitar University tu. Tak sempat pun nak pergi jelajah semua tempat dekat sini sebab kesuntukan masa. Camera farah pun dah habis battery time ni, kita balik la jum. Korang usha usha la gambar sekitar University of Otago ni eh.






Itu lerrr clock towernyaaa 


Cuaca pun dah hampir gelap. Kita beransurlah pulang, kelas pun dah habis. Hihi :D Sebelum balik ke kabin yang comel, kita singgah beli groceries dekat Pak n Save.


Malam ni kita dinner Maggi je la ye anak anak. Fuhh dengan cuaca sejuk dapat maggi fuhhh



Bersambung......

No comments:

Post a Comment