Friday, July 6, 2018

TRIP KE NEW ZEALAND Day 6.

DAY 6 (15/11/2017)
Bangun pagi macam biasalah menggigil. Oh lupa nak cerita pasal Leith Valley Holiday Park, Dunedin. Ni bilik yang paling kecik la sepanjang kitorang dekat sini. A very small kabin yang dalam tu ada 2 bunk beds, mini fridge, meja makan dengan kerusi, almari letak pinggan mangkuk. Tinggal ruang yang kecik je untuk solat, letak beg. Macam biasa, toilet dan dapur kongsi. Toilet dengan dapur jauh sikit dari kabin.

Gini bilik kami. Lagi 1 bunk bed tu bawah dia queen bed. Comel kan kabin ni.
Sumber: Google Images. 


Pagi ni kita akan menuju ke lagi satu  tempat tourist attraction iaitu Nugget Point Lighthouse. Perjalanan mengambil masa dalam satu jam setengah. Kenapa dipanggil nugget point? Sebabnyaaaaa taadaaa korang tengok batu batu tu macam nugget tak? Hihi.


Apa apa info tentang lighthouse ni korang boleh google je tau. Nanti tau lah asal usul lighthouse ni okay :) 


Dari carpark korang kena jalan kaki dalam 900meter gitu untuk sampai ke Lighthouse. Dekat je tak terasa pun jalan sebab view pun dah cantik sangat. Yang penting hati-hati jalan tu. Jatuh kang naya jaa. Dekat situ diorang ada letak some info pasal lighthouse dan sekitarnya.





Nugget Point is one of the most distinctive landforms along the Otago coast. It's a steep headland with a lighthouse and a scattering of rocky islets (The Nuggets).

A five minute walk takes you to the lighthouse, where you'll enjoy amazing views along the coastline in both directions. If you look down onto the rocks directly below the lighthouse, you'll see fur seals lolling about, playing in rock pools and generally having fun. Bring binoculars for close-up viewing of this breeding colony. Nugget Point is also home to sea lions, sooty shearwaters, shags, yellow-eyed penguins, spoonbills and a breeding colony of gannets. Occasionally, elephant and leopard seals visit the area. If you watch the water for a while, you might see Hector's dolphins. From Nugget Point it's an easy walk to Roaring Bay, where you can hide and wait for yellow-eyed penguins. Early morning or sunset are the best times for viewing.

Sumber : Newzealand.com







Perjalanan selepas ni mengambil masa 3 jam so baik kita pergi kencing dulu. Dekat carpark tu ada satu toilet. Tapi macam biasa, takde paip lerrr kome. So kitorang akan standby botol kosong. Amik air dekat paip luar. Lepastu ada orang tegur tu bukan air minum. Huhu. Memang bukan untuk minum punnn. Okay selesai dah! Jum ke TeAnau! Perjalanan jauh ni lepastu ada benda jadi. Allahuakbar!


Menuju ke tempat parking 


Kitorang memang ikut je laluan yang GPS bernama bieber tu bagi asalkan sampai ke tempat yang dituju. Sepanjang jalan memang scenery cantik gila. Terpesona dan tak pernah membosankan tengok pemandangan sekeliling banyak kambing biri-biri. Kami pun terus menjerit terkejutkan kambing biri biri yang ada sepanjang jalan. Sempat berhenti ambik gambar tepi jalan lepastu teruskan perjalanan.





Jeng jeng jenggg tetiba bunyi macam terlanggar benda lepastu nampak rim cap tercabut! Oh no. berhenti tepi jalan lepastu Farah dengan Faizah turun kereta pergi cari rim cap yang tercabut tu alhamdulillah jumpa. Balik dekat kereta, masih tak perasan tayar dah flat sebab berhenti dekat semak samun. Syaza drive baru rasa apahal tak betul ni berhenti tepi tengok tayar pecah luls. Okay chill berhenti tempat selamat turunkan semua barang tukar tayar spare. Fuhh girl power!! Nasib baik tahu tukar tayar. Dah semuanya selamat, google the nearest town untuk cari workshop. Tapi sempat jugak berhenti tangkap gambar dekat sini.



Alhamdulillah! Ada lah town terdekat tak ingat apa nama town tu. Tukar la tayar terbang 30nzd. Tapi takpelah asal semua selamat. Jauh lagi perjalanan ni.





Alhamdulillah selamat sampai di Te Anau! Terus menuju ke TeAnau Kiwi Holiday Park & Motel untuk check in. Dekat sini ambik bilik untuk berempat ada 1 queen bed dan 1 bunk bed. Dalam bilik ada heater of course, fridge, tv, dan bilik air. Yeayy! Dapur je yang kongsi. Dapur tak jauh sangat ada dekat dengan reception counter. Nak guna wifi pun kena guna dekat situ.


Supper buah kiwi dan orange juice.

Macam ni rupa bilik kami.
Sumber : Google Images

Ni di luar bilik.
Sumber: Google Images

Dekat sini, ada jual tiket untuk milford sound. So kitorang beli sesiap dekat sini sebab esok pepagi nak gerak ke milford sound. Ada beberapa pilihan cruise yang boleh dipilih. Tengok la mana yang terbaik. Kalau dia provide meal, jangan lupa request vegetarian okay. Farah tak ingat which cruise yang kitorang pilih. Kita sambung cerita milford sound dekat next post okay :) 


Bersambung......

No comments:

Post a Comment