Monday, July 9, 2018

TRIP KE NEW ZEALAND Day 7.

DAY 7 (16/11/2017)


Hari ni kena keluar sebelum matahari naik sebab cruise kitorang sesi pagi. Dari Te Anau ke Milford Sound dalam 2 jam gitu. Sesiap check out dan gerakkkk! Semalam dah siap beli tiket, orang tu siap bagi jugak pamphlet tempat menarik sepanjang perjalanan dari Te Anau ke Milford Sound ni. Ada few places boleh google Road to Milford Sound. Tapi kitorang tak singgah pun pagi tu sebab nak kejar masa.




Dalam perjalanan, tetiba nampak segerombolan kambing biri biri melintas jalan. Lalu kami pun meminta maaf atas segala salah silap kami menjerit sampai kawan kawan diorang yang lain terkejut. Harap diorang akan sampaikan pada seluruh biri biri yang ada di New Zealand.



Okay guys, dah habis teruja tengok biri biri secara dekat mari kita teruskan perjalanan di pagi hari sambil menyanyi lagu yang berkumandang. Sampai satu ketika kita akan sampai ke Terowong yang namanya ialah Homer Tunnel. Terowong ni hanya ada satu lane dan ada traffic light so kena tunggu giliran la nak lalu. Mengambil masa yang lama jugak sebab terowong ni panjang. Nak tunggu kereta yang belah sana tu lalu kita boleh sempat keluar sapkok tangkap gambar jap. Tapi jangan lah leka. Tak silap ada tulis masa berapa lama kena tunggu.




Lagi satu hati hati drive. Jalan nak ke milford sound ni cam bahaya sikit. Pape pun bawak kereta hati hati okay. Dah sampai di milford sound, park kereta dekat carpark yang tersedia dan kena jalan kaki sikit ikut je signboard. Sampai je sana, fuhh ramainyaa manusia. Tak silap Farah ktorang punya cruise pukul 9 pagi, tak ingat sangat. Time beratur nak masuk cruise tu ada 2 orang pakcik tegur. Dah berborak borak lepastu wawa cakap "Korang kenal tak tu sapaaaaa" Farah ofcourse la clueless. Rupanya pakcik tadi tu VVIP dan mestilah wawa kenal dah bekas MB Perak. Cer tekaaa sapeeee! Bapaknya si jejai, bekas pak mertua Nora dan Fasha. Wowzz. Lepastu takde borak dah, kitorang dah naik cruise, dapat makanan makan sikit lepastu terus naik keatas dan lupa diri haha.


Ni lunch box kitorang. Ada Vege Sandwich, Apple, Biskut, Ceklat, Mineral Water.
Coffee or Tea disediakan dalam cruise.


Cruise selama 2 jam tu macam tak terasa 2 jam langsung weh. Farah letak sekali map cruise milford sound dibawah dan juga gambar!





Anjing Laut bersantai di tepian sambil posing! 

Bowen Falls

Stirling Falls

Gelap pun gelap lahh tak kira nak letak dalam blog jugak.



Rasa tak puassss dekat sini, rasa nak second trip cruise. Makanan pun tak sempat nak makan. Dekat dalam cruise tu tersedia coffee and tea dan juga boleh beli makanan. Tapi kalau beli pakej siap makanan, tunjuk kupon ambik je makanan. Diorang memang dah siap pack.

Ni belah atas cruise tu.

Ni belah bawah, ada tempat duduk boleh makan minum. 

Dari Milford Sound kami akan menuju ke Queenstown. Perjalanan panjang hampir 4 jam wooo. Time ni la baru singgah satu tempat je, Mirror Lake. Tapi bukan rezeki kitorang untuk dapat tengok bayang dari tasik tu huhu. Mungkin the best time untuk pergi pagi kot masa air tasik tak bergelora. Singgah kejap je dan kami teruskan perjalanan.





Air tasik yang bergelora. Tak muncul lah bayangan.

Time time ni lah paijah nak shishi. Jenuh kitorang cari toilet wehhh tak jumpa toilet. Tahan lerr engko paijah. Nak sampai dekat Te Anau tu singgah dekat satu resort mewah ni tapi tak dapat jugak pergi toilet hahaha. Last last kitorang pergi je balik dekat motel yang kitorang stay semalam. Lepas memasing pergi toilet, kitorang decide untuk lunch je dulu dekat situ. Lagipun perjalanan jauh ni.

Pemandangan dari resort mewah

Teruskan perjalanan mulakan dengan Bismillah. Dalam perjalanan ni sempat jugak singgah kedai beli kopi dengan aiskrim.





Sampai je di bandar Queenstown, Farah sebenarnya dah tak ingat mana kitorang pergi dulu huhuhu. Tapi rasanya kitorang terus ke Kawarau Bridge. Dekat sini, tempat orang buat bungy jumping. Kitorang tak cukup kaya lagi nak buat bungy jumping. hihi. Harga dalam 200 NZD. Tunggu kaya baru spend satu minggu dekat queenstown ni. Huhu. 





Dekat Queenstown ni la baru kitorang beli souvenir. Berdasarkan research yang dibuat oleh ahli kumpulan, mereka menemui satu kedai souvenir yang berada di bandar Queenstown iaitu, DF Souvenir. Mula mula memang plan nak beli untuk diri sendiri je tetiba terbeli untuk semua orang dekat rumah, kengkawan sekali huhuhu. Dekat deret tu pun ada souvenir shop lain, memandai la compare sendiri harga uolss. 




Selain borong souvenir, kita pergi borong ceklat jugak! Allahu, rasa nak borong satu rak ceklat tu. Guys, pergi NZ wajib borong ceklat jenama Whittakers banyak banyak sebab murah berbanding dengan harga di tanah air kita. Selain tu beli la ceklat yang tiada atau susah untuk dapat di Malaysia. hihi. Oh lupa nak bagitau, kami borong ceklat dekat Pak n Save. 







Macam yang Farah cakap tadi tak berapa ingat la dekat queenstown sebab tak check in dekat apps swarm. Sebelum ni semua tempat Farah check in untuk rujukan tapi dekat queenstown ni takde check in punnn. Mungkin lepas Kawarau tu kitorang borong ceklat lepastu souvenir takpun lepas souvenir dulu baru ceklat lepastu pergi check in motel. Haha! Ke lepas jenjalan misi cari Fish n Chip baru check in motel weh tak ingatttt. 


Malam tu misi mencari Fish n Chip sebab teringin nak makan Fish n Chip dekat sini. Jenuh round sekitar queenstown untuk cari Fish n Chip yang murah dan halal. Ada satu yang famous, Erik' Fish n Chip tapi bila sampai je dah tutup. Cari kedai lain, mahal semuanya. Last last beli dekat convenience store je fish n chip nyeee. Rasa dia boleh laa, sedap jugak. Sekali dia bagi French fries banyak gilaaa tak terhabis pun. Bungkus bawak balik nanti makan dekat motel. Selain itu, tengah jenjalan nampak pulak kedai Cookie Time. Time naik flight Air NZ tu dapat cookies sedap gila, tapi malangnya cookies perisa butterscotch tu tidak dijual. Beli la cookies lain. 




Setelah penat berjalan sekitar bandar queenstown, kami pulang ke motel kami iaitu Pinewood Lodge. Bilik macam biasa untuk 4 orang ada 1 katil queen dan 1 bunk bed. Bilik air kongsi laki perempuan, dapur macam biasa la kongsi la jugak. Sampai je terus kami membaham Fish & Chip yang dibeli di convenience store tadi. 



Macam ni bilik kitorang dekat Pinewood.
Sumber : Booking.com


Lepas makan, mandi apa semua apa lagi tidur la nakkkk. Bersambung ke pengembaraan seterusnya.............

No comments:

Post a Comment