Saturday, January 27, 2018

SUMMARY 2017: Part 3

September 2017

Lepastu September, Majlis Sanding Ain, tak sempat nak jumpa sajat! Kalau datang awal sikit sempat jumpa sajat haha! Malam before wedding tu pergi rumah Ain, time tu la dia bgth dia pregnant! Hihi




Lepastu pergi PERHENTIAN! Impromptu betul trip kali ni. Farah tweet memerlukan short getaway tetiba disahut oleh Erisya. Ingatkan nak pergi dekat2 je rupanya terus pulau perhentian. HAHA! Ktorang pergi berdua je tidur khemah. Seronok gilaaa percutian paling relaks dan tenang. Jumpa la beberapa orang yang duduk shah alam jugak dan ada jugak yang satu sekolah lol :D Balik dari perhentian ni eyka amik ktorg. Pukul 5 pagi camtu kot ktorg sampai terharu tauu Eyka sudi ambik dekat station bus lepastu tumpang tidur rumah dia sebab kena pergi kerja jugak takleh cuti.





FUHHH cuba teka siapa pulak yang kahwin ni! Lepakmate pulak kahwin weh. AJ dah kahwin, takdelah nangis pun bersyukur gila akhirnya kahwin jugak. HAHA! Tapi rindu gak ah nak lepak macam dulu dulu pergi memana tanpa hala tuju. Sekarang memasing dah kerja dah kahwin yang nak kahwin. Semua dah ada komitmen memasing susah dah nak lepak selalu. Dulu boleh la hari hari pun boleh lepak sbb komitmen pergi class je pastu exam tu je.





Oh lagi satu! Tetiba je dapat kejutan Memey nak tunang. Silap la nak buat surprise oi.  Tergamak dia nak buat surprise dekat seorang Farah yang hari dia tidak menentu. Hari yang pergi perhentian tu dia tunang. Memang tak dapat la nak pergi. Sedih tau tak dapat nak attend kawan punya majlis walaupun majlis tunang je. Pape pun lagi sekali memang happy untuk kengkawan. Hopefully dipermudahkan sampai kahwin bulan 3 2018 dan kehidupan seterusnyaaaa bersama edy yang tercinta <3 Love you biatch. 


Tetiba 30hb tu ayah ibu tanya semua free ke nak pergi bercuti. Ayah suruh survey tempat yang dekat dekat. So memang terfikir morib or PD je lah. Tetiba ayah suruh survey Amverton Cove Golf & Island Resort dekat pulau carey. Bila nak keluar rumah tu baru waze dkt mana resort ni, rupanyaaaaaaaa 20 minit je dari rumah haha! Oi dekat gila boleh takkkk. Tempat ni best serius. Book villa yang ada private pool memang syok la mandi. Faiq Fayyad la yang paling happy tengok swimming pool. Pastu makan pun sedap! Sempat la pergi tempat playroom bebudak, ada game room, gym of course. Overall best! Love it.









  
October 2017

Kawan Kahwin lagi?? Hmmm jap ada lagi ke yang kahwin eh. Okay takde! Kawan tunang? Ye ada! Cerita pasal bestfriend Farah tunang dulu la. Hihi :D Maiezah dengan tunang dia Faiz ni memang bestfriend dah lama dah kawan tuptup ehhh hahahaha tetiba dah tunang dah. Im happy for both of you. Maiezah pernah tanya apa pendapat kalau dia dengan faiz. Terus terang memang Farah tak kenal Faiz ni macam mana tapi tahu Faiz ni budak baik. Diorang dah lama kawan mestilah lah lagi tahu perangai memasing so yeah I happy je dan merestui hubungan diorang. As long as faiz tu boleh buat bestfriend I happy then I okay je laaaaa.



Lepas amverton tu, minggu depannya pergi pulak bercuti dengan PIRANHAS! Lama gila tak berkumpul 9 orang. Memang dari awal dah plan dan dah siap kumpul duit dan siap lantik ajk so that everyone participate. Oh lupa nak cerita Fiza, classmate/housemate Farah yang kahwin bulan 3 haritu pun tengah pregnant! So Fiza pun join sekali, seronok mummy berendam dalam pool. Thank you acap bagi fiza join kitorang :D Semua buat kerja memang mantap! A+ Ktorg ambik bilik yang infinity pool belah atas so mandi memalam memang best gila. Pillow talk dalam pool sampai beku sambil tengok bulan. Arghhh bestnya! Nak Lagiiiii. Oh Ktorg punya partayy dekat Grand Lexis PD. Macam macam jenis bilik yang ada korang just usha la website Grand Lexis. Ktorg ambik yang Grand Pool Villa Upper unit. Memang puas hati la.






Lepastu pergi day trip bukit tinggi dengan team single(Farah, Eri, Gem, Ayob) time cuti apa ntah haritu lupaa deepavali tak silap hari rabu! Time hari kejadian tu sumpah lawak kena game dengan member(Faza). Sebelum tu plan nak pergi Sg Chilling tapi weekdays tak bukak and tak sure bukak ke tak time public holiday. Pastu plan nak g broga pulak last2 terfikir bukit tinggi lepas Farah nampak ada orang post gambar dekat bukit tinggi. Memandangkan Gem & Eri tak pernah pergi, so bawak la diorang pergi. Cerita lawak kena game tu sebab si Faza ni handphone dia rosak pastu dia tgh outstation susah la nak contact dia pastu pagi tu ktorg cam redah je la pergi rumah dia sbb dm dia dkt twitter tak reply. Semalamnya dia kata dia on so expect dia dah balik la. Sampai rumah dia kebetulan ayah dia dkt luar tanyalah si Faza. Tetiba ayahnya cakap Faza takde. KAHKAHKAH pastu ktorg cam hmmm kay pakcik. Ayah dia pun taktau yang phone dia rosak. Pastu ktorg berlalu lah pergi breakfast dan membincangkan asal kena game dengan Faza.

So ktorg berlalulah pergi ke Bukit Tinggi berempat dan diorang paksa pakai Kimono. Baru rasa nak jalan tangkap gambar je. Dah pakai kimono terpaksa la bergambar jugak Kihkihkih. Macam biasalah mestilah seronokkkk!





Eh cop ada lah kawan kahwin bulan 10 ni! Atiqah Razak. Cantik boleh takkkkk Atiqah ni?!?!?! Pergi wedding atiqah dengan Eyka, Ain, Hanim, Eri. Uishhh nervous woi bawak ibu ibu mengandung. Hujan pulak tu memang slow dan berhati hati je bawak diorang.






November 2017

Yeay finally dah november! Percutian paling ditunggu tunggu. Ke manakah kita? NEW ZEALAND! Ni takyah cerita la betapa bestnya dan betapa takleh move on nya dengan scenery dekat NZ! Subhanallah! Cantik yang teramat. Nak suruh semua orang pergi jugakk tengok indahnya bumi NZ ni. Nanti Farah akan cerita pasal NZ siap dengan itinerary dan perbelanjaan dekat sana kay :) Nak cerita sini panjang sangat. Oh time hari nak terbang tu kebetulan adi (SHUBEN EYKA) sampai malam tu jugak. So jumpa la eyka dekat airport sebelum dia fly ke brunei :(



Dah banyak post dekat instagram haritu kann. Belanja sikit je lah gambar NZ. Nanti dekat post pasal NZ confirm akan banyak lagi belanja gambar.  Koleksi gambar NZ ni memang banyak gilaaa 7 keturunan tak habis habis post insta huhu. Haritu pun ada upload video dekat youtube pergi check it out! TRIP NEW ZEALAND 2017




Okay next, Farah day trip dengan kengkawan pergi rumah Ayob dekat Tapah untuk makan durian! Heaven dooo. Sampai je tengok durian selambak! Makan sampai puas. Mak ayah ayob sediakan makanan dari breakfast, lunch, hitea siap! Kenyang gila. Pastu ajak diorang keluar sebab malu la tak tolong mak ayob dekat dapur haha. Pergi kuala woh. Ada sungai pastu hotspring sekali. Memasing geram je nak terjun haha! Datang tapah tak bawak apa tak expect pun nak mandi sungai ke apa so ktorg duduk jela tepi rendam kaki pastu balik.




Dan yang paling menggembirakan bulan november ni, my cousins, Qila & Ainaa selamat melahirkan anak on the same day! Lama qila kena tahan wad sebelum bersalin tu dok menahan contraction woi seramnyaaa nak merasa sakit tu. Alhamdulillah keempat empatnya selamat dan sihat :) Happy sangatttt hari tu. Pukul 5 pagi qila whatsapp yang dia dah selamat bersalin pukul 2 pagi. Terus terjaga pastu tidur balik haha. Pastu bangun balik tetiba ibu bgth ainaa pulak dah bersalin pukul 6.30 pagi.


AMAL 

SOFEA



Disember 2017

Majlis tidak terhenti begitu saja untuk tahun 2017. Ada lagi kawan yang membawa berita gembira. Ni pun bagitahu nak tunang last minute. Nasib baik flight petang. Dapatlah jugak pergi kejap dan menyaksikan aten punya majlis pertunangan. Yang memeranjatkan, ni first time aten jumpa mak tunang dia weh padahal dah lama tu bercinta huhu. Apa apa pun Farah mendoakan yang terbaik untuk korang dan semuanya dipermudahkan sampai kahwinnn. Tak sabar nak tengok aten kahwin!!!



Kita beralih pulak kepada trip yang mencabar minda dan fizikal. Fuh! Serius tak ready langsung ni. Main redah je ni! Gamble habis nak panjat Gunung Kinabalu tapi tak training pape! Dah la bukan kaki hiking, bersukan pun tak, berat dah naik peha dah membesar banyak lemak pastu nak naik kinabalu. GILA! Adalah sesikit pergi jogging pastu kan banyak berjalan tuuu so okaylah tu cukup lah tu exercise hihi. Trip tawan kinabalu ni pun nanti Farah cerita dekat post lain okay guys. Walaupun tengah mendaki tu dok membebel dalam hati “APA AKU BUAT NI ASAL AKU IKUT TREX NI ASAL AKU NAIK KINABALU NI” tapi still teruskan je naik sampai laban rata. Tu pun dah cukup bersyukur sampai laban rata. Huhu. Ye farah tak sampai ke puncak pun. Video ada dekat youtube check it out! TAWAN KINABALU 2017




Balik dari kinabalu, rehat dekat rumah satu hari, pastu khamis jumaat kerja tapi PC dekat office pulak buat hal pulak dahhh. So memang duduk goyang kaki main phone je weh. Hari jumaat malam tu gerak pergi melaka pulak ada family day family belah ibu. Ktorang buat family day dekat Bidara Beach Village Resort, Tanjung Bidara Melaka. Dengan sakit kaki tak habis lagi duk pulun main sukaneka. Petang tu adik balik sebab dia ada kerja, tapi dia baru keluar pagar je patah balik parking sebab tayar kereta pecah. LOL! Teman la dia pergi tukar tayar. Nasib baik sempat kejar sunset. Cantik gilaaaa rasa cam terpegun pulak tengok sunset dekat Tanjung Bidara. Pastu Hari sabtu tu memang tidur awal sebab letih sangat ke apa taktau. Tapi orang duk bising2 dekat luar pun memang tak larat nak join dah ngantuk terokxx.




Esok paginya lepas breakfast terus sesiap nak balik. Sebelum balik pergi singgah beli kuih keria antarabangsa fuhh first time beratur! Sejam oi beratur. Tak sangka Farah berjaya beratur okayy sebab I memang bukan jenis suka menunggu. So yeah finally dapat jugak beli 3 bungkus=30 ketul! Pastu nak pergi beli coconut shake klebang tapi ibu taknak tunggu lama so pergi dekat batu berendam. Lepas dapat coconut shake apa lagi balik laaaa.


Sebenarnya dah tulis pasal summary 2017 ni tahun lepas lagi few days masuk tahun 2018. Ingat nak post on the last day of 2018 tapi kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. 29 Dec tu balik kampung hantar atok nenek. Esoknya tu ayah muntah2 tak jadi balik TPG, terus ke KPJ Muar. Doc bagitau ada pendarahan dalaman. Ayah duduk ICU few days, lepas discharge ayah duduk kampung sampailah 21 Jan. Setiap minggu balik Muar tengok ayah. Tulah pengakhiran tahun 2017 tetiba benda mengejut terjadi. 






TAMAT

Okay tamat kisah ringkas tahun 2017 seorang Farah Ain/ Farahmorra. Tahun 2017 adalah tahun yang penuh dengan kegembiraan. Dari awal tahun sampai lah saat post ni ditulis Farah happy sangat. Dalam kegembiraan tu mestilah ada kesedihannya. Tapi sedih,kecewa,marah segala jua benda yang negatif tu ditolak tepi oleh segala kegembiraan dan benda benda yang positif. Ada je satu masa tu rasa down sebab tak kerja lagi, semua kengkawan dah kerja kan. Pastu rasa sedih dan kecewa. Takdelah kecewa bercinta sebab tak bercinta pun tapi tulah orang tak terima kita kan nak buat cane redha dan terima je la hakikat. Sekarang pintu hati tertutup takdak orang ketuk lagi pintu hati. Huhu  Pastu kadang-kadang kita rasa kawan kita tak ingat pun kita tak ajak lepak dah. Ada jugak rasa orang benci dekat kita. Tapi sebenarnya takde pun. Biasalah ada satu masa yang kita akan rasa down dengan diri sendiri dan orang sekeliling syaiton la ni menghasut ish. 

Bersyukur tuhan hadirkan orang yang baik baik dalam hidup kita. Family yang supportive dan sayang dekat kita, Kawan-kawan rapat yang walaupun ada macam syaitonnnn tapi banyak menasihati dan tolong kita, kawan-kawan yang masih berkawan dengan kita dan terima kita seadanya, Orang-orang yang baru kenal pun ada yang baik dengan kita. SYUKUR! Farah bukan lah seorang anak, adik, kakak, kawan yang baik sangat pun. Ada je perangai yang orang tak suka tapi tulah bersyukur la masih ada lagi orang-orang sekelililng yang sayang dekat kita dan terima seadanya. Alhamdulillah :)

Apa apa pun hidup kena teruskan tak sabar nak menghadapai tahun baru taktau apa akan jadi in future kan so berdoa dan berharap je lah semuanya baik baik saja insyaAllah :) Semoga kita sesama menjadi lebih baik dari sebelum sebelum ni dari segi akhlak, kerjaya dan apa jua yang kita lakukan. Mungkin tahun 2018 kahwin? HAHA! Tak kott. Jodoh tak nampak langsung ni makcik. Ni dah siap plan dah ni Mega Trip Tahun 2018. Dah beli tiket flight dah pun huhu. Nak tau pergi mana? Nantikan tahun 2018! :D

BESAR DAH ANAK ANAK BUAH AUNTY NI :) 




No comments:

Post a Comment