Friday, January 26, 2018

SUMMARY 2017 : Part 2


May 2017

Wedding wedding and weddingggggggg. Yeay :D
Bermula 5/5/2017 Hari jumaat tu Farahin Nikah. Lepastu Malam pergi pulak rumah ieka untuk malam berinai kengkawan. Hah pastu hari sabtu ni uishhh 4 sekali event nak kena attend. Nasib baik sempat pergi semua Alhamdulillah. Bermula pagi tu Ieka Nikah pastu pergi Majlis Kahwin Azam pulak pastu Majlis kahwin Farahin finally sempat pergi Majlis Kahwin Syazwan. Kenyang setahun makan dekat semua kenduri. Terima kasih semua orang jemput Farah memeriahkan majlis. Malam tu pergi rumah ieka lagi tolong lagi sikit pape patut pastu tidur dekat bluewave dengan eyka & tika. Esoknya Majlis Sanding Ieka pulak.









Lagi apa ye yang jadi bulan 5 ni? Oh ADA APA DENGAN CINTA! Hihi Ayuh kita terbang ke Yogyakarta ketemu Rangga. First time bercuti luar malaysia dengan afey dan memey. Mestilah best! Semua percutian farah semuanya best tak kira dengan sape pun. Kita kena enjoy every moment. Tapi paling tak sangka dapat jumpa orang yang dikenali dekat sana haha. Dah la lama tak jumpa tak contact tetiba jumpa dkt sana. Okay kalau nak baca pasal trip Jogja boleh check it out post ni: Ayuh ke Yogyakarta : Piranhas Take Jogja!




Pejam Celik Pejam Celik tetiba dah masuk bulan Ramadhan :)



June 2017

Tahun ni puasa banyak spend time moreh dengan kengkawan. Ada je tempat nak pergi ikut siapa teringin makan apa, kita pergi. Bulan puasa takde berjalan pergi mana la guys. Pergi berjalan makan iftar dan shopping je. Tapi tahun ni punya puasa macam rasa singkat sangat. Sekejap je rasa tetiba dah raya.









Nothing special about raya pun. Macam biasa raya makan,jumpa sedara mara dan dapat duit raya. MASIH DAPAT DUIT RAYA OKAY TAHUN NI! Tahun depan kena start bagi duit raya dah. Huhu!






OHHH! Baru teringat bulan june ni lah tetiba dapat call dari Bos skrg offer kerja. Dia perlukan sangat orang sebab staff dia nk berhenti dah so dia offer. Hari interview tu dia terus terima. Fuhh alhamdulillah walaupun gaji kecik je pastu office takdelah power macam orang lain, ni pun dah cukup bersyukur sebab memang nak sangat kerja duit dah habis oiii. Pastu memang lama gila menggangur dah sampai orang pun sibuk dok tanya “Farah tu tak kerja ke jalan jee” kayyy Farah dah dapat kerja la ni.




July 2016

Start kerja! Yeayyyy. Saat tengah menulis ni, dah 6 bulan dah kerja dekat sini. Bos okay semua okay kerja pun okay cuma bosan sikit sebab takde kawan borak. Hampir setiap hari bawak bekal sebab malas nak keluar lunch. Jimat pun jimat. Lagi pun memang start kerja kena kumpul duit untuk next trip!

Time birthday ibu 16 July, kakak ipar pun selamat melahirkan anak perempuan. Bertambah july babies dalam family Saparon. Dapat anak buah perempuan pulak. Seronok faiq fayyad dapat cousin baru. Diorang sayang betul dekat afeeya.





Lepastu raya macam biasalah kengkawan datang raya lepak dekat rumah sampai pagi, pergi raya rumah kawan. Rumah boyfriend je tak pergi sebab takde boyfriend HAHAHAHA cian. Lepastu buat openhouse dan majlis aqiqah sekali untuk afeeya.


DANNNNNN Lagi berita menggembirakan, AIN kahwin! Bestfriend time sekolah menengah yang nakal sesama pindah sekolah sesama apa semua sesama dah kahwin oi. Nangis weh time dia akad nikah. Happy tengok orang happy. Nasib baik office seberang masjid shah alam je sempatlah pergi majlis akad nikah Ain.




August 2017

Jengjengjeng cuba teka siapa pulak kahwin bulan ni? Fuhh kawan baik lagi sorang pun ikut jejak langkah Ain. Eyka pulak kahwin oii. Ni lagi lah emo gila oi sebab tahu bila eyka dah kahwin nanti dia pindah brunei. Faham tak brunei tu dia dekat tapi jauh! Tak tau berapa juta dah perkataan happy ditaip ni. Tapi faham tak tahun 2017 ni memang tahun yang menggembirakan!! Walaupun eyka dah pindah brunei ni tapi happy tengok eyka tweet yang dia happy duduk dengan adi.






YEAY TERCAPAI IMPIAN NAK PAKAI SAREE!
SIAPA NAK PINJAM BGTH BOLEH JE hihi. 


Ohh btw guys, EYKA dan AIN pregnant weh. NAMPAK TAK BETAPA BANYAKNYA KEGEMBIRAAN tahun ni! My bestfriends kot dedua pregnant beza berapa minggu je. Tau diorang pregnant ni masa bulan 9. Terkejut sampai terdiam jap bila dedua bgth tu. Pastu cam nak nangis pun ada sbb macam awhhh happynya! Eeeee seronok semoga dipermudahkan semuanya untuk Ain dan Eyka. Harap mummies and babies okay selalu. 

No comments:

Post a Comment