Friday, July 6, 2018

TRIP KE NEW ZEALAND Day 4.

DAY 4 (13/11/2017)
Hari ni dapat merasakan hari yang sangat penat sebab nak kena trekking. Sebelum keluar dari Lake Tekapo ni, kitorang jenjalan sekitar Lake Tekapo. Tak jauh dari motel pun kitorang bergerak menuju Church of the good shepherdDekat situ punyalah banyak lupin masyaAllah cantik. Depan sikit dari church tu ada Bronze Sheepdog Statue. 







Lepas bergambar perjalan diteruskan ke Lake Pukaki dalam 45 minutes untuk berhenti brunch dan bergambar la apa lagi. Hihi.






Dari Lake Pukaki ke Aoraki/Mount Cook ni dalam 35-40 minutes camtu. Dalam perjalanan tu kitorang ada berhenti la tepi jalan untuk ambik gambar tengah jalan. Bahaya kena hati hati lah okay guys. Make sure tempat tu kosong dan takde kereta lalu dengan kerap.




Pemandangan menuju ke Auroki/Mount Cook


Selepas sesi bergambar maut tengah jalan kami menuju ke Hooker Valley. Beria tauu ktorg takut sejuk siap pakai yang heat pad tu tauuu rupanya cuaca alhamdulillah okay jeeee. Matahari terik tapi tak panas macam malaysia la. Still sejuk tapi sejuk sejuk manja jeee. Time nak mulakan perjalanan tu jumpa ada satu family dari Malaysia borak borak jap pakcik tu sempat buat punchline kalau lalu dekat jambatan nanti hati hati jambatan tu pusing 360 luls. Malas nak cerita panjang korang just tengok lah gambar betapa indahnyaaaaa pemandangan dekat hooker valley ni. Yang penting time pergi ambik masa begitu lama sebab banyak stop ambik gambar/video. Balik tu semua simpan phone menikmati pemandangan sambil dengar lagu one direction. Lepastu selisih dengan orang yang baru nak pergi dia siap jerit I LOVE ONE DIRECTION!!! haha.










Lepas penat trekking rehat jap few minutes sebelum memulakan perjalanan ke pekan yang sangat dicintai. Love terox! Rasa nak tinggal dekat pekan yang kecil ni. Macam sesuai nanti dah bersara boleh relax dekat sini haha. Perjalanan ke Twizel dari Aoraki/Mount Cook dalam lebih kurang 1 jam. Sampai je terus check in dekat Twizel Holiday Park. Okay lah dalam kesemua motel yang kitorang stay, yang dekat twizel ni paling best! Bilik besar, toilet takyah kongsi. Cuma macam biasalah kena kongsi dapur. Sampai je terus lunch lapar gilssss. Ni bilik kitorang seperti yang dibawah ada 3 katil single 1 queen bed. Besar kannnn best gila!

Sumber : Booking.com

Sumber : Booking.com

Lepas late lunch, kitorang bergerak pergi tempat favourite farah iaituuuu High Country Salmon. Dekat sini diorang ternak salmon. Besar besar ikan dia. Murah pulak tuuu, apa lagi mestilah beli untuk hi tea dan dinner hihi. Dan kitorang tak melepaskan peluang guna wifi free dekat kedai tu :D




Kolam Ikan Salmon. Korang nampak takkkk ikan ikan tuu? 


Layankan je la wawa nak tangkap gambar dekat sini. Hahaha

After that kitorang nak pergi cari barang nak masak sikit. Jalan jalan jumpa ada satu kawasan ni ada supermarket namanya Four Square Supermarket. Lepas beli barang tu saja ambik gambar depan market tu tetiba ada this one old lady keluar dari kereta dia pastu dia volunteer nak ambikkan gambar kitorang berempat. YaAllah comel jee keluar kereta semata nak ambikkan gambar :)



Malam tu, sempat kitorang basuh baju lepastu jemur je dalam bilik sebab dryer ramai pulak orang guna. Esok paginya kering jugak huhu. Dinner semestinya lah grilled salmon dengan pasta. Hihi. Setelah penat seharian,malam tu tidur dengan lena. Esok sambung lagi jalan! 







Bersambung.......

No comments:

Post a Comment