Wednesday, July 4, 2018

2 Jun 2018 : Perginya seorang insan yang disayangi.

Ada apa dengan 2 Jun 2018?
2 Jun adalah tarikh yang amat sedih bagi Farah sekeluarga.

Farah nak sematkan dalam blog ni supaya Farah takkan lupa setiap saat yang jadi pada tarikh tersebut. 2 Jun 2018 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1439, Allah ambil insan yang teramat disayangi. Kami sekeluarga sesungguhnya redha menerima permergian arwah ayah. Dah lama sangat dia menanggung kesakitan yang kita sendiri taktau macam mana kesakitan yang dia alami tu. Keluar masuk hospital sampai jemu dah dengan hospital sampai dah tahap degil taknak pergi hospital. Tapi ayah kuat :)

Start 1st ramadhan dah janji dengan diri sendiri akan spend time dengan family setiap hari buka puasa dekat rumah, tak keluar malam pergi moreh macam tahun lepas. Seriously sebelum puasa dah terasa sangat sangat yang ramadan kali ni adalah ramadan terakhir dengan ayah. Hampir setiap malam dan setiap kali lepas solat akan nangis sebab rasa yang ayah akan pergi. Setiap kali lepas solat memang akan doa kalau tuhan nak ambik ayah, ambiklah dia masa bulan ramadan. Ada jugak rasa bersalah sangat sangat, kadang waktu tengah malam ayah mintak urut dia akan call tapi selalu tak sedar pun. kalau sedar phone bunyi pun mmg akan terus off. YaAllah, serius rasa bersalah sebab tak bangun time ayah perlukan untuk urut.

Sampai lah satu tahap yang dia tak larat langsung, takde selera makan taknak minum. Pujuk dia pergi hospital tapi dia taknak. Dalam sehari tu macam satu suap je dia makan. Ubat pun skip makan. Sampai lah tanggal 1 Jun 2018 Hari Jumaat, pukul 630 pagi ibu panggil suruh angkat ayah sebab ayah tak larat nak gerak. Dengan kudrat kami berdua, Farah dengan ibu pegang ayah suruh dia gerak sikit sikit lepastu baring pasang oksigen. Tak sedap hati, terus cakap pergi hospital je lahh. Ayah geleng kepala taknak. Paksa jugak dia, terus call along cakap nak bawak ayah pergi hospital. Ayah memang tak larat nak jalan dah, naik wheelchair dari bilik ke kereta lepastu nak masukkan ayah dekat dalam kereta pun mencabar. Sampai hospital terus pergi emergency.

Doc terus buat blood test. Result teruk. Suggest buat dialysis tapi berisiko tinggi dengan blood pressure yang rendah. Kami tunggu doktor pakar pulak yang datang. Doktor pakar nephro dan doktor pakar gastro bagitahu keadaan ayah kritikal. Kalau buat dialysis pun takkan membantu sebab kidney rosak disebabkan hati or kurang makan minum. Bergantung dekat ubat dan drip air saja. Doktor memang dah bagitahu dengan keadaan ayah macam ni dia takkan lama melainkan dengan kuasa Allah la ofcourse. Liver dah tahap akhir dan kidney dah rosak teruk. Cuma sekarang tunngu je respon dari ubat dan drip. Masih belum menangis, tahan. Nangis waktu lepas solat je tu pun cover sebab taknak ibu tengok.

Dekat emergency pun ayah tak duduk diam nak bangun la nak duduk la nak baring la. YaAllah. Tuhan memang nak menguji kesabaran kami sekeluarga kot. Doktor mintak nak jumpa kami sekeluarga, doktor cakap Dari pagi sampai kemalam duduk dekat HUKM. Dekat pukul 12 tgh malam baru dapat wad. Doktor masukkan ayah dekat wad biasa. Malam tu Anwar yang jaga ayah. Farah, Ibu dengan Iwan kami bertiga bermalam dekat hotel berdekatan.

Bangun sahur pukul 5 tu whatsapp Anwar tanya ayah okay ke tak, dia kata ayah tak okay. Sepanjang malam tak tidur. Kejap nak berdiri, nak baring, nak bukak baju nak cabut jarum apa semua. Pukul 630 pagi ayah tanya dekat anwar, ibu mana? Anwar cakap ayah macam dah pelik2. Pukul 730 sampai hospital. Hari ni ramai datang melawat. Atok nenek dari muar, sedara mara ramai datang visit ayah termasuk kawan kawan ibu ayah dan staff ayah. Sekejap kejap je Farah masuk wad jenguk, setiap kali jenguk ayah tidur. Faiq datang bawak dia dengan fayyad masuk jumpa ayah sekejap. Dah keluar tu asyik cakap nak masuk jee. Banyak kali dia cakap "Aunty, abang nak tengok atok boleh tak?" "Aunty, atok dah bangun belum?" "Aunty, nak tengok atok please" Walaupun tahu bahaya bawak budak budak masuk dalam wad yang ramai pesakit tapi masuk je kejap kejap.

Pukul 6 lebih tu ajak anwar dengan along pergi cafe beli makanan sementara ibu jaga ayah. Naik atas, sebelum azan tu duduk dengan ayah jap. Sempat lagi ambik gambar ayah. Dah nak azan tu keluar duduk dekat luar wad bentang tikar nak buka puasa sempat video call dengan sopi syaza afey memey pejah time tu. Kami adik beradik makan dulu, ibu dekat dalam teman ayah. Lepas adik adik makan, ganti pulak dengan ibu.

Pukul 755 ke 8 camtu suruh adik adik bergilir solat dekat luar wad. Diorang tengah urut ayah time tu. Tapi diorang tak perasan yang muka ayah berubah. Time ni lah rasa menggigil satu badan tengok kenapa muka ayah pucat kelabu. Pegang tangan ayah berpeluh sejuk. Nurse datang nurse suruh mengucap dekat telinga ayah dan call ahli keluarga. Menggigil time call iwan. Call iwan dengan kakak2 ipar tak berangkat. Call banyak kali sampai lah iwan angkat bgth keadaan ayah. Lepastu call makngah, makuda, makndak. Masuk balik wad, tengok ayah dah nazak. Time tu belum solat maghrib lagi. Telekung takde terpaksa berlari sambil nangis turun ke surau tingkat 1 dari tingkat 6. Lepas je solat, tengok ada misscall dari adik. Call balik, dengar anwar nangis, terus nangis bila anwar cakap ayah dh takde lagi menangis meraung sampai satu surau dengar. Tuhan saja tahu masa tu rasa nak gugur jantung dengar. 

Walaupun sebelum tu memang tahu ayah dah takde harapan dan dah bersedia dengan segala kemungkinan, tapi tak sangka pedih dan sedihnya bila dapat tahu ayah dah takde. Tak dapat bayang kan perasaan orang lain yang tetiba je orang yang diorang sayang tuhan ambik begitu je tanpa ada tanda macam sakit ke. At least kami sekeluarga tahu yang ayah sakit dan dia tak boleh bertahan lama kecuali dengan izin tuhan.

Berlari balik naik ke wad tingkat 6, terus pergi dekat ayah cium dahi ayah. Tak sempat pun nak cakap kakcik minta maaf. Walaupun tahu ayah sentiasa maafkan orang tapi Farah sendiri terkilan sebab tak sempat nak cakap sorry sebab kita tahu selama ni banyak buat salah. Sambung menangis dekat luar kejap lepastu baru rasa okay dan boleh berfikir. Terus ajak anwar pergi hotel kemas barang.
Whatsapp dekat kawan kawan ayah, whatsapp kawan kawan Farah bagitahu diorang yang ayah dah meninggal dunia. Balik ke HUKM semula, sedara mara ada dah.

Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Sedara mara, jiran, kawan2 ayah ibu banyak tolong uruskan. Bersyukur sangat. Jenazah ayah sampai dekat rumah pukul 12 lebih. Semua tidur sekejap sekejap je gilir baca AlQuran, baca Yaasin. Malam tu dapat tidur setengah jam pun cukup dah. Pagi tu urusan pun semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah :) Pukul 10 dah selesai kebumikan.


Terima kasih yang tak terhingga dekat semua orang yang membantu. Semoga Allah membalas jasa baik semuanya. Dah sebulan dah ayah pergi. Kami sekeluarga semuanya okay, meneruskan kehidupan seperti biasa, kena belajar hidup tanpa seorang ketua keluarga. Ayah dah cukup menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami kepada ibu, seorang ayah kepada anak anak menantu dan seorang atok kepada cucu cucunya. Apa yang dia bagi kami sekeluarga selama ni lebh dari cukup. Terima kasih ayah :)








Alfatihah buat ayahandaku, Nor Azman Saparon. Semoga Allah ampuni segala dosa dosa ayah. Tempatkan dia dikalangan orang beriman dan beramal soleh. 

No comments:

Post a Comment