Sunday, November 24, 2013

malam yang suram.





di dalam gelapnya malam bertemankan lampu tidur tak seberapa,
dan cahaya dari gadget yang sentiasa disisi,
ku kirimkan ucapan selamat malam,
semoga esok lebih baik walaupun tidak sesempurna mana.

Mimpi indah :)

Saturday, November 23, 2013

time to chill


Taktau macam mana nak gambarkan rindunya dekat kau.
Taktau macam mana nak dapatkan kau.

Float mcd,
kau lah satu satunya erti cinta.

Wednesday, November 20, 2013

tercari cari.

Belajar untuk lepaskan sesuatu didepan mata.
Hadapi dengan tabah.
Kuat semangat jati diri.
Kata pada hati, buang.
Kata pada minda, lupa.

kalau lah semudah itu. 

Tuesday, November 19, 2013

50 ringgit

"Nah" 
Dua keping RM50 dihulurkan sebagai belanja mingguan.
"Terima kasih"

Sejenak aku terpikir,

kau kata kau seorang yang miskin.
kau kata kau susah nak peroleh wang.
kau rasa kau layak digelar miskin dengan harta? 

kereta mewah, rumah mewah, makan mewah, pakaian mewah.
Apa lagi yang kau dambakan?

Kau cuma miskin untuk bersyukur.
Kau cuma tidak mewah seperti seorang yang mewah tahap holy shit.
Tapi kau kena tau, kau kena bersyukur dilahirkan sempurna dan cukup serba satunya sehingga hari ini. 

Sunday, November 17, 2013

selamat tinggal.

Inilah masa untuk lepaskan dan kembali kepada asal.
Terima kasih untuk hari hari yang indah.
:)

17nov2013, 6.19PM.

Wednesday, November 13, 2013

muda.

eh esok la buat.
eh esok la pikir.
eh esok la siapkan.
 eh esok la buat baik.
eh esok la tobat.
eh kita masih muda kan.

eh kau pasti hari esok kau masih ada?









Monday, November 11, 2013

tidur dengan tenang.

jam 450 pagi.

masih belum tidur mengenang kehidupan.
macam mana nak teruskan hari esok dengan tak tidur ni.
berapa juta kali aku dah kecewakan diri sendiri dengan tidak menghadiri kelas.
berapa juta kali aku tipu pengajar dan sistem.

alahh, kawan ada untuk sign kan.
alahh, bukan lecturer perasan pun kau datang ke tak.
alahh, masuk class bukan belajar pun.
alahh, dari tidur dekat class baik tidur dekat rumah.

masih adakah hari esok untuk aku?
masih adakah hari esok untuk aku ponteng kelas?
masih adakah hari esok untuk aku pergi kelas?
masih adakah hari esok untuk aku menyesali?

........................

jam 500 pagi.

bayi sebelah rumah menangis.
turunnya hujan membasahi tanah.
dan aku masih dalam cubaan untuk tidur dan bangkit untuk ke kelas.

jika masih ada hari esok.



Tuesday, November 5, 2013

cikgu dan pelajar.

A : Antara surat , penerima surat dan posmen mana lagi penting? 

B : Niat tulis surat yang penting. kahkahkahkahkah. 

C : Eh takkkk, pejabat pos yang penting. 

D : Apa pulak. Salah! tukang tulis surat laa. Mana surat tu dtg kalau takde sape tulis. 

A : Eh kamu ni memain pulak. siapa yang lagi penting ni? 

B,C,D : Cikgu lah yang penting sebab cikgu yang tukang bagi jawapan untuk soalan tadi. 

A (cikgu) terdiam..... Lama menyepi.

A : Kamu anggap kamu sebagai penerima surat yang suratnya telah siap sedia diposkan kepada kamu oleh posmen. Kamu anggap surat itu adalah buku pelajaran kamu yang sedia ada ilmu nya ada dalamnya. Kamu anggap saya cikgu sebagai posmen yang menghantar surat dalam erti kata lain menghantar ilmu kepada kamu. 

So, penerima surat adalah penting iaitu kamu para pelajar. Saya sebagai cikgu tak penting, saya tukang menyampaikan saja. Ilmu / buku / surat dah sedia ada untuk kamu. 

B : tapi. Tukang tulis buku la yang penting kan?

....................

cikgu berlalu pergi. 


bintang kawan bulan

A : "kenapa kau sepi menyendiri?"
B : "............ hilang kata kata."

Dalam benak pikiran aku terbayang wajah bapak emak adik beradik dan orang sekeliling.

B : "Eh mana ada aku sepi. Aku ada ramai orang dekat sekeliling"
A : "Dah tu asal kau selalu menyendiri?"
B : "Sebab takde siapa teman"
A : "tadi kau kata kau ramai orang dekat sekeliling"

pandang langit. ku lihat bulan tiada bintang. 
bulan sepi tanpa bintang disisi bila langit gelap malap dilitupi awan tebal yg tunggu masa buang isinya.
hujan. lebat guruh berdentum. 

B : "alaa tak semua orang ada masa untuk teman, lagi pun aku suka sorang"
A : "ish kau ni, buatlah apa kau suka"

Hari lain aku duduk lihat langit.
bulan ditemani bintang bintang. 
Indah. Cantik. Subhanallah. 
kali ini bersama orang sekeliling.



rotate.
akulah bulan.