September
2017
Lepastu September, Majlis Sanding Ain, tak
sempat nak jumpa sajat! Kalau datang awal sikit sempat jumpa sajat haha! Malam
before wedding tu pergi rumah Ain, time tu la dia bgth dia pregnant! Hihi
Lepastu pergi PERHENTIAN! Impromptu betul trip
kali ni. Farah tweet memerlukan short getaway tetiba disahut oleh Erisya.
Ingatkan nak pergi dekat2 je rupanya terus pulau perhentian. HAHA! Ktorang
pergi berdua je tidur khemah. Seronok gilaaa percutian paling relaks dan
tenang. Jumpa la beberapa orang yang duduk shah alam jugak dan ada jugak yang
satu sekolah lol :D Balik dari perhentian ni eyka amik ktorg. Pukul 5 pagi
camtu kot ktorg sampai terharu tauu Eyka sudi ambik dekat station bus lepastu
tumpang tidur rumah dia sebab kena pergi kerja jugak takleh cuti.
FUHHH cuba teka siapa pulak yang kahwin ni!
Lepakmate pulak kahwin weh. AJ dah kahwin, takdelah nangis pun bersyukur gila
akhirnya kahwin jugak. HAHA! Tapi rindu gak ah nak lepak macam dulu dulu pergi
memana tanpa hala tuju. Sekarang memasing dah kerja dah kahwin yang nak kahwin.
Semua dah ada komitmen memasing susah dah nak lepak selalu. Dulu boleh la hari
hari pun boleh lepak sbb komitmen pergi class je pastu exam tu je.
Oh lagi satu! Tetiba je dapat kejutan Memey nak
tunang. Silap la nak buat surprise oi. Tergamak dia nak buat surprise dekat seorang Farah yang hari dia tidak menentu. Hari yang pergi perhentian tu dia
tunang. Memang tak dapat la nak pergi. Sedih tau tak dapat nak attend kawan
punya majlis walaupun majlis tunang je. Pape pun lagi sekali memang happy untuk
kengkawan. Hopefully dipermudahkan sampai kahwin bulan 3 2018 dan kehidupan
seterusnyaaaa bersama edy yang tercinta <3 Love you biatch.
Tetiba 30hb tu ayah ibu tanya semua free ke nak
pergi bercuti. Ayah suruh survey tempat yang dekat dekat. So memang terfikir
morib or PD je lah. Tetiba ayah suruh survey Amverton Cove Golf & Island
Resort dekat pulau carey. Bila nak keluar rumah tu baru waze dkt
mana resort ni, rupanyaaaaaaaa 20 minit je dari rumah haha! Oi dekat gila boleh
takkkk. Tempat ni best serius. Book villa yang ada private pool memang syok la
mandi. Faiq Fayyad la yang paling happy tengok swimming pool. Pastu makan pun
sedap! Sempat la pergi tempat playroom bebudak, ada game room, gym of course.
Overall best! Love it.
October 2017
Kawan Kahwin lagi?? Hmmm jap ada lagi ke yang
kahwin eh. Okay takde! Kawan tunang? Ye ada! Cerita pasal bestfriend Farah
tunang dulu la. Hihi :D Maiezah dengan tunang dia Faiz ni memang bestfriend dah
lama dah kawan tuptup ehhh hahahaha tetiba dah tunang dah. Im happy for both of
you. Maiezah pernah tanya apa pendapat kalau dia dengan faiz. Terus terang
memang Farah tak kenal Faiz ni macam mana tapi tahu Faiz ni budak baik. Diorang
dah lama kawan mestilah lah lagi tahu perangai memasing so yeah I happy je dan
merestui hubungan diorang. As long as faiz tu boleh buat bestfriend I happy
then I okay je laaaaa.
Lepastu pergi day trip bukit tinggi dengan team
single(Farah, Eri, Gem, Ayob) time cuti apa ntah haritu lupaa deepavali tak
silap hari rabu! Time hari kejadian tu sumpah lawak kena game dengan
member(Faza). Sebelum tu plan nak pergi Sg Chilling tapi weekdays tak bukak and
tak sure bukak ke tak time public holiday. Pastu plan nak g broga pulak last2
terfikir bukit tinggi lepas Farah nampak ada orang post gambar dekat bukit
tinggi. Memandangkan Gem & Eri tak pernah pergi, so bawak la diorang pergi.
Cerita lawak kena game tu sebab si Faza ni handphone dia rosak pastu dia tgh
outstation susah la nak contact dia pastu pagi tu ktorg cam redah je la pergi
rumah dia sbb dm dia dkt twitter tak reply. Semalamnya dia kata dia on so expect
dia dah balik la. Sampai rumah dia kebetulan ayah dia dkt luar tanyalah si
Faza. Tetiba ayahnya cakap Faza takde. KAHKAHKAH pastu ktorg cam hmmm kay
pakcik. Ayah dia pun taktau yang phone dia rosak. Pastu ktorg berlalu lah pergi
breakfast dan membincangkan asal kena game dengan Faza.
So ktorg berlalulah pergi ke Bukit Tinggi
berempat dan diorang paksa pakai Kimono. Baru rasa nak jalan tangkap gambar je.
Dah pakai kimono terpaksa la bergambar jugak Kihkihkih. Macam biasalah mestilah
seronokkkk!
November 2017
Yeay finally dah november! Percutian paling
ditunggu tunggu. Ke manakah kita? NEW ZEALAND! Ni takyah cerita la betapa
bestnya dan betapa takleh move on nya dengan scenery dekat NZ! Subhanallah!
Cantik yang teramat. Nak suruh semua orang pergi jugakk tengok indahnya bumi NZ
ni. Nanti Farah akan cerita pasal NZ siap dengan itinerary dan perbelanjaan
dekat sana kay :) Nak cerita sini panjang sangat. Oh time hari nak terbang
tu kebetulan adi (SHUBEN EYKA) sampai malam tu jugak. So jumpa la eyka dekat
airport sebelum dia fly ke brunei :(
Dah banyak post dekat instagram haritu kann. Belanja sikit je lah gambar NZ. Nanti dekat post pasal NZ confirm akan banyak lagi belanja gambar. Koleksi gambar NZ ni memang banyak gilaaa 7 keturunan tak habis habis post insta huhu. Haritu pun ada upload video dekat youtube pergi check it out! TRIP NEW ZEALAND 2017
Dah banyak post dekat instagram haritu kann. Belanja sikit je lah gambar NZ. Nanti dekat post pasal NZ confirm akan banyak lagi belanja gambar. Koleksi gambar NZ ni memang banyak gilaaa 7 keturunan tak habis habis post insta huhu. Haritu pun ada upload video dekat youtube pergi check it out! TRIP NEW ZEALAND 2017
Okay next, Farah day trip dengan kengkawan
pergi rumah Ayob dekat Tapah untuk makan durian! Heaven dooo. Sampai je tengok
durian selambak! Makan sampai puas. Mak ayah ayob sediakan makanan dari
breakfast, lunch, hitea siap! Kenyang gila. Pastu ajak diorang keluar sebab
malu la tak tolong mak ayob dekat dapur haha. Pergi kuala woh. Ada sungai pastu
hotspring sekali. Memasing geram je nak terjun haha! Datang tapah tak bawak apa
tak expect pun nak mandi sungai ke apa so ktorg duduk jela tepi rendam kaki
pastu balik.
Dan yang paling menggembirakan bulan november
ni, my cousins, Qila & Ainaa selamat melahirkan anak on the same day! Lama
qila kena tahan wad sebelum bersalin tu dok menahan contraction woi seramnyaaa
nak merasa sakit tu. Alhamdulillah keempat empatnya selamat dan sihat :) Happy
sangatttt hari tu. Pukul 5 pagi qila whatsapp yang dia dah selamat bersalin
pukul 2 pagi. Terus terjaga pastu tidur balik haha. Pastu bangun balik tetiba
ibu bgth ainaa pulak dah bersalin pukul 6.30 pagi.
Disember 2017
Majlis tidak terhenti begitu saja untuk tahun 2017. Ada lagi kawan yang membawa berita gembira. Ni pun bagitahu nak tunang last minute. Nasib baik flight petang. Dapatlah jugak pergi kejap dan menyaksikan aten punya majlis pertunangan. Yang memeranjatkan, ni first time aten jumpa mak tunang dia weh padahal dah lama tu bercinta huhu. Apa apa pun Farah mendoakan yang terbaik untuk korang dan semuanya dipermudahkan sampai kahwinnn. Tak sabar nak tengok aten kahwin!!!
Kita beralih pulak kepada trip yang mencabar minda dan fizikal. Fuh! Serius tak ready langsung ni. Main redah je ni! Gamble habis nak panjat Gunung Kinabalu tapi tak training pape! Dah la bukan kaki hiking, bersukan pun tak, berat dah naik peha dah membesar banyak lemak pastu nak naik kinabalu. GILA! Adalah sesikit pergi jogging pastu kan banyak berjalan tuuu so okaylah tu cukup lah tu exercise hihi. Trip tawan kinabalu ni pun nanti Farah cerita dekat post lain okay guys. Walaupun tengah mendaki tu dok membebel dalam hati “APA AKU BUAT NI ASAL AKU IKUT TREX NI ASAL AKU NAIK KINABALU NI” tapi still teruskan je naik sampai laban rata. Tu pun dah cukup bersyukur sampai laban rata. Huhu. Ye farah tak sampai ke puncak pun. Video ada dekat youtube check it out! TAWAN KINABALU 2017
Kita beralih pulak kepada trip yang mencabar minda dan fizikal. Fuh! Serius tak ready langsung ni. Main redah je ni! Gamble habis nak panjat Gunung Kinabalu tapi tak training pape! Dah la bukan kaki hiking, bersukan pun tak, berat dah naik peha dah membesar banyak lemak pastu nak naik kinabalu. GILA! Adalah sesikit pergi jogging pastu kan banyak berjalan tuuu so okaylah tu cukup lah tu exercise hihi. Trip tawan kinabalu ni pun nanti Farah cerita dekat post lain okay guys. Walaupun tengah mendaki tu dok membebel dalam hati “APA AKU BUAT NI ASAL AKU IKUT TREX NI ASAL AKU NAIK KINABALU NI” tapi still teruskan je naik sampai laban rata. Tu pun dah cukup bersyukur sampai laban rata. Huhu. Ye farah tak sampai ke puncak pun. Video ada dekat youtube check it out! TAWAN KINABALU 2017
Balik dari kinabalu, rehat dekat rumah satu
hari, pastu khamis jumaat kerja tapi PC dekat office pulak buat hal pulak dahhh. So memang duduk
goyang kaki main phone je weh. Hari jumaat malam tu gerak pergi melaka pulak
ada family day family belah ibu. Ktorang buat family day dekat Bidara Beach
Village Resort, Tanjung Bidara Melaka. Dengan sakit kaki tak habis lagi duk
pulun main sukaneka. Petang tu adik balik sebab dia ada kerja, tapi dia baru
keluar pagar je patah balik parking sebab tayar kereta pecah. LOL! Teman la dia
pergi tukar tayar. Nasib baik sempat kejar sunset. Cantik gilaaaa rasa cam
terpegun pulak tengok sunset dekat Tanjung Bidara. Pastu Hari sabtu tu memang
tidur awal sebab letih sangat ke apa taktau. Tapi orang duk bising2 dekat luar
pun memang tak larat nak join dah ngantuk terokxx.
Esok paginya lepas breakfast terus sesiap nak
balik. Sebelum balik pergi singgah beli kuih keria antarabangsa fuhh first time
beratur! Sejam oi beratur. Tak sangka Farah berjaya beratur okayy sebab I
memang bukan jenis suka menunggu. So yeah finally dapat jugak beli 3 bungkus=30
ketul! Pastu nak pergi beli coconut shake klebang tapi ibu taknak tunggu lama
so pergi dekat batu berendam. Lepas dapat coconut shake apa lagi balik laaaa.
Okay
tamat kisah ringkas tahun 2017 seorang Farah Ain/ Farahmorra. Tahun 2017 adalah
tahun yang penuh dengan kegembiraan. Dari awal tahun sampai lah saat post ni
ditulis Farah happy sangat. Dalam kegembiraan tu mestilah ada kesedihannya.
Tapi sedih,kecewa,marah segala jua benda yang negatif tu ditolak tepi oleh
segala kegembiraan dan benda benda yang positif. Ada je satu masa tu rasa down
sebab tak kerja lagi, semua kengkawan dah kerja kan. Pastu rasa sedih dan kecewa. Takdelah kecewa bercinta sebab tak bercinta pun tapi tulah
orang tak terima kita kan nak buat cane redha dan terima je la hakikat. Sekarang pintu hati tertutup takdak orang ketuk lagi pintu hati. Huhu Pastu kadang-kadang kita rasa kawan kita tak ingat pun kita tak ajak
lepak dah. Ada jugak rasa orang benci dekat kita. Tapi sebenarnya takde pun. Biasalah ada satu masa yang kita akan rasa down dengan diri sendiri dan orang sekeliling syaiton la ni menghasut ish.
Bersyukur tuhan hadirkan orang yang baik baik
dalam hidup kita. Family yang supportive dan sayang dekat kita, Kawan-kawan
rapat yang walaupun ada macam syaitonnnn tapi banyak menasihati dan tolong
kita, kawan-kawan yang masih berkawan dengan kita dan terima kita seadanya, Orang-orang
yang baru kenal pun ada yang baik dengan kita. SYUKUR! Farah bukan lah seorang
anak, adik, kakak, kawan yang baik sangat pun. Ada je perangai yang orang tak
suka tapi tulah bersyukur la masih ada lagi orang-orang sekelililng yang sayang
dekat kita dan terima seadanya. Alhamdulillah :)
BESAR DAH ANAK ANAK BUAH AUNTY NI :) |
No comments:
Post a Comment