Nervous nak menghadapi tahun baru yang taktau apa yang bakal terjadi.Umur dah meningkat 26 tahun dan mulalah semua bertanya bila nak kahwin . HAHAHAHA! Doa jelah yang terbaik untuk Farah :) Harap tahun 2018 ni penuh dengan kegembiraan walaupun tahu akan ada kesedihan sesikit (Harapnya sikit la) Berdoa jugak Tuhan memberi rezeki melimpah ruah dari segala segi. InsyaAllah :)
So kita nak cerita pasal tahun 2017 ni. Dipendekkan cerita tahun 2017 ni adalah tahun yang sangatttt best! Alhamdulillah syukur for everything. Tak terkata happynya tahun ni. Tengah menaip ni pun tersenyum je sepanjang masa sebab memang tengah happyyyy teringat moment yang menggembirakan. So jum start dari awal tahun ke akhir tahun! Lets JUMMM!
January 2017
Plan nak pergi Kelantan nak melawat kawan yang duduk sana lama tak jumpa! Dah beli tiket flight tapi tak jadi pergi sebab banjir dekat sana. So tukar plan Farah pergi JB,Melaka dan PD. It was unforgettable trip. Pergi JB wajib pergi makan kacang pool haji dengan tauhu bakar dekat situ SEDAP!!
Next pergi Kedah pulak Cousin Kahwin! Dari tahun 2016 berderet family #thesaparons kahwin. Dari iwan lepastu qila lepastu shasha and then sambung tahun 2017 Amer pulak. Tuptup wife Amer,Fad ni satu course dengan qila lepastu memang kenal haha! Lepastu sebenarnya dulu satu matrik dengan Fad! Lagi terperanjat haha what a coincidence.
February 2017
My Favourite month! Because its my birthday month :)
Mula dengan family day #TheSaparons. Buat dekat Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak. Ni first Family Day yang ktorang buat! Of Course la best dapat jumpa Cousins partayy sampai pageyy. Memula tu memang takde mood taktau asal cam malas gilaa pastu dah jumpa cousins lupa diri KAHKAH!
Lepastu on my birthday Farah pergi makan dengan kawan tapi hmm tulah ada je benda tak kena. Sedih la tetiba orang takde mood time birthday kita pastu effect dekat kita. Can you just be happy for me at least on my birthday? Lepastu Athirah ajak pergi main batting cage dekat One Utama. So spend time la dengan dia berapa bola ntah main sampai puas. Memasing lepas geram.
Hujung bulan pulak tetiba Wan, class rep time degree kahwin! Uish tetiba cepat pulak. Happy woi tengok classmate kahwin. Comel je wan dah kahwin. Hahahaha.
Dah tua ni takde dapat hadiah dah sempena birthday. Ayah ibu bagi jam sebab Farah memang takde jam tak suka sangat pun pakai jam. Tapi dah ada ni mestilah pakai.
Mac 2017
Lagi sorang classmate merangkap housemate
kahwin! Finally ada jugak wakil Piranhas kahwin. Awwhhhh :’) Tapi sedih tak
dapat pergi Fiza Nikah dengan Kenduri belah Fiza sebab takde sape nak teman.
Hmmm semua ada hal memasing and plan nak pergi yang belah lelaki punya so
okaylah kita pergi belah lelaki punya majlis. So happy for fiza :) Dulu dengar
dia cerita pasal husband dia cane diorang punya relationship apa semua
Alhamdulillah tuhan permudahkan sampai diorang kahwin and even sampai sekarang
pun awhhh :)
Sebelum pergi wedding fiza tu teman athirah
pergi wedding kawan dia dekat sekinchan. First time pergi sekinchan cantik
gilaaaa nampak sawah padi hijau jeeee subhanallah!
Akhir akhir bulan 3 ni nervous semacam sebab
nak pergi umrah. Cane lah tak nervous oi, nak jadi tetamu Allah pergi tempat
suci tapi tak bersedia lagi. Bersedia dari pelbagai segi.
April 2017
Alhamdulillah tak sangka dapat jadi tetamu
Allah. Tak dapat digambarkan oleh kata kata bila jejakkan kaki ke masjidil
haram sebak rasa tengok Kaabah depan mata. Oi time menaip ni pun still rasa
sebak nak nangis. Bercampur rasa time tu happy tu memang tak terkata lahh.
Semua orang impikan nak berada dekat tanah suci ni, this is the only place yang
farah rasa farah terlalu tenang dan sabar dan happy sangatttt walaupun orang
ramai bertolak tolak tu perkara biasa. Orang dari pelbagai negara, pelbagai
kaum, pelbagai size. Kesabaran dalam diri tu kena ada. Alhamdulillah semuanya
selamat pergi dan balik. Harap akan ada lagi peluang untuk ke sana :) RINDU!!
Haritu ada tulis blog pasal umrah PART 1. Pastu haritu baru sambung yang part2
punya hihi :D
Bulan April jugak bulan yang sangat
menggembirakan sebab FINALLY FARAH CONVO!! Oi Tahu tak setahun down teruk sebab
kena extend. Nasib baik ada orang sekeliling yang masih nak berkawan dengan
farah haha thank youuuu. Memula taknak pun beli baju baru nak pakai je apa yang
ada pastu Piranhas ajak pergi jenjalan dekat Seksyen 7 kawasan yang banyak
butik2 tu lah aduh. Ingatkan takkan tergoda tapi akhirnya tewas sebab diskaun
kaw kaw time tu dekat Jovian. So beli lah satu sehari sebelum convo. Happy
sangat family dan kawan yang sudi datang bagi bunga, ada yang datang bagi
pelukan pastu nangis happy kita konvo, ada jugak yang datang saja sebab kita
suruh datang :) Appreciated sangat semua orang. Thank you.
Apa lagi eh yang jadi bulan 4 ni? Hmmm oh
celebrate birthday kawan, celebrate kengkawan yang nak kahwin. Awhhhhh tak
sangka Farahin kahwin oi. Serius ingat dia memain cakap nak kahwin rupanya
betul dia nak kahwin uishhh. Pastu ieka pulak ni ready dah tamatkan zaman
bujang dia. Semua orang kahwin seronoknyaaaa, happy untuk semua orang :)
Balik kampung dapat makan sate pun happy tau!
Sebab ada satu hari balik kampung tu Farah cakap nak makan sate untuk
breakfast, tapi tak dapat sebab semua tak bagi beli sbb dah banyak makanan.
Terus tak makan langsung, merajuk. Kali ni balik ajak kawan dekat muar jenjalan
dekat tanjung pastu makan sate haha!
No comments:
Post a Comment