Wednesday, February 13, 2013

permulaan.


 Jatuh Cinta.


aku tenang disini. aku jatuh cinta dengan tempat ini. lagi best kalau satu family ada. jalan-jalan bersuka ria bergurau senda. duduk satu meja bergelak ketawa. sesungguhnya aku rindu saat itu. aku rindu segala-galanya. doa supaya ibu ayah sentiasa sihat tidak pernah dilupai setiap masa. aku cuma mahu mereka sihat dan terus berada di sisi anak-anak mereka. walaupun jauh dimata tetapi semua sentiasa di hati walau dimana jua berada.







ohoii. dulu ayah gemuk perut bulat macam along sekarang. tapi sekarang ayah jadi kurus ibu kata nak peluk pun takda isi dah. yaAllah, beri lah kekuatan dan kesihatan yang molek molek untuk mereka.

setiap hari aku jatuh cinta dan sayang dengan orang sama. tidak pernah berubah.



hero-hero yang annoying lagi menyakitkan hati yang suka main game 24 hours, aku tetap anggap semuanya hero yang baik hati dan protective. aku bersyukur kerna aku sahaja perempuan. aku boleh bermanja dan aku tidak perlu kongsi ape pun. tapi aku tahu semuanya sementara. along dah kahwin oi. pada mulanya jealous oi. mana boleh tak jealous tetiba muncul perempuan lain dalam hidup kami. amboi! haha. tapi itu sebentar saje. aku perlu terima hakikat semua akan mendirikan rumah tangga dan aku tidak boleh bermanja lagi. lepas ni manja2 dengan husband lah. oi bakal suami, terima lah aku seadanya.



Pada usia muda, mereka dah berumah tangga, mak bapak mana yang tak suka. Alhamdulillah :)
pada aku lah muda, mereka baru 24 tahun. aku target kahwin pun 26 tahun. Seronok sebenarnya ada kakak ipar. Perut kenyang kak long masak sedap. Maklumlah aku bukan jenis suka duduk dapur masak masak ni.Kalau ada orang masakkan memang best. Hihi. Berita paling gembira buat kami, kak long pregnant dah :D yeay aunty faghah mowwa la lepasni. InsyaAllah kalau diizinkan Allah. Semoga kaklong dan kandungan sentiasa sihat. Lepas ni jatuh cinta dengan anak buah pulak.

Sesungguhnya aku rindu.
Hugs semua orang :*

No comments:

Post a Comment