Monday, June 5, 2017

Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Entri kali ni farah akan ceritakan serba sedikit perjalanan ketika mengerjakan umrah pada akhir bulan 3 itu hari. Pengalaman yang sangat bermakna dan so far yang paling best dalam hidup. Alhamdulillah dapat diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Syukur sangat dapat pergi menjejakkan kaki ke tanah suci. So farah pergi sekali dengan ibu ayah dan adik lelaki (Anwar). Kami menggunakan khidmat Jom Kembara Travel & Tours. Superb πŸ‘Œ Walaupun jemaah ramai tapi diorang handle dengan baik semuanya. Trip kali ni seramai 171 orang yang pergi bersamaan dengan 4 bas. Alhamdulillah!

Pada tanggal 28 Mac 2017, bermulalah perjalanan untuk pergi mengerjakan umrah. Pagi lagi dah keluar rumah sebab kena ada dekat airport pukul 10 pagi. Permulaan perjalanan pun ada tersekat sikit sebab flight delayed. Dari sepatutnya pukul 2pm jadi 8pm sudahnya pukul 11pm ke kot baru depart. Lagi rasa nervous time tu tapi okay je semua. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam camtu. Dalam flight apa lagi tidur je la sepanjang perjalanan, bangun pun untuk makan.


Sampai dekat airport madinah time tu dah nak masuk subuh. Lepas selesai urusan beg apa semua, bermulalah perjalanan ke Tanah Suci Mekah dengan menaiki bas. Perjalanan ke Mekah dari Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Dalam perjalanan tu singgah di Bir Ali untuk makan tengahari, solat dan bermiqat. Di Bir Ali jemaah dah mula berniat untuk mengerjakan umrah dan dah mula pantang larang yang perlu dijaga.


Setibanya di kota mekah, sayunya je rasa. Ntah la taktau cemana nak gambarkan perasaan tu. Gembira ada terharu ada dan rasa tak percaya boleh jejakkan kaki dekat tanah suci. Nangis dalam hati. Sampai je terus check in hotel. Kami duduk di Hotel Malak Altaqwa yang jaraknya adalah dalam 200 meter mungkin dari masjidil haram.



 Jadual telah ditetapkan sepanjang kami disini. So pada hari pertama, setelah selesai solat isyak semua jemaah akan mengerjakan umrah yang pertama. Nervous! Kami dipecahkan dalam beberapa group dan setiap group dibawa oleh seorang mutawif yang akan membimbing para jemaah untuk mengerjakan umrah.

Pertama kali menjejakkan kaki di masjidil haram time tu dah dupdapdupdap yaAllah! rasa macam tak percaya. Dan pertama kali melihat Kaabah depan mata, nangis! 😒Tak tergambar perasaan time tu. Kami dinasihatkan untuk tidak berpecah ketika melakukan tawaf dan mejaga satu sama lain. Maklumlah kita orang malaysia ni kecik cinonit je. Tapi ingat time tawaf tu kita kena niat untuk tawaf sahaja tak boleh ada niat lain contohnya macam tengah tawaf tu tetiba mak hilang sebelah kita, jangan kalut dok tercari cari dia sebab nanti dah lari niat untuk tawaf. Alhamdulillah lagi kita dekat dengan kaabah lagi kecik pusingan tawaf. Lepas selesai tawaf cari tempat untuk solat sunat. Time doa depan kaabah tu nangis la bergelen gelen tak rasa malu dekat orang keliling pun. (Selalu rasa malu tak suka nangis depan orang)



Selepas tawaf kita pergi pulak ke rukun seterusnya iaitu saie di antara bukit safa dan marwah 7 kali pusingan. Saie dimulakan dari bukit safa dan berakhir di bukit marwah. Dari safa ke marwah dikira satu pusingan dan dari marwah ke safa satu pusingan lagi. Time saie ni agak letih sikit for me. Tapi boleh berhenti henti rehat minum air zamzam yang disediakan sepanjang jalan. Dalam perjalanan tu ada satu part  yang disunatkan untuk kaum lelaki berlari lari anak. Sepanjang lampu hijau.

*gambar diambil selepas selesai melakukan umrah.

Selepas selesai saie, rukun seterusnya ialah bertahalul/bercukur/gunting rambut. Lepas je pusingan yang terakhir sampai dibukit marwah mutawif bacakan doa dan dibukit marwah jugalah jemaah perlu bertahalul sekurang kurangnya 3 helai rambut. Tapi untuk lelaki elok la bercukur botak terus. Bawak gunting sendiri senang tak perlu tercari cari.

Dan rukun yang terakhir tertib maka selesailah umrah yang pertama dan pengalaman pertama alhamdulillah :) Alhamdulillah diberi peluang untuk melakukan 3 kali umrah. Walaupun sebenarnya nak sangat buat lebih dari tu insyaAllah mudah mudahan diberi peluang lagi.


Selain pergi kursus, farah belajar dari pengalaman orang orang lain yang pergi umrah baca blog2 orang. Dan yang farah suka entri dari blog ni http://ayumipoyo.blogspot.my/2015/08/video-cara-mengerjakan-umrah-dan-ziarah.html Siap ada video so senang nak faham πŸ‘Œ

Okay nanti sambung next post! πŸ’—

No comments:

Post a Comment