So hari jumaat tu book hotel. Ni pun random je pilih. Nasib baik best! Dah la macam kampung opah. Time book tu tak perasaan yang bilik tu takde attached bathroom so macam alaaaa kena kongsi bilik air dengan orang lain 😭 Pergi jelah check in jugak situ. Nama hotel tu Chulia Heritage Hotel dekat Chulia Street, Georgetown. Korang google jela kalau nak tengok cemana hotel tu sebab haritu takde tangkap gambar sebab camera phone rosak so sad 😭😭 Dia macam rasa kampung opah sebab bilik kitorang dekat atas so sebelum naik tu kena bukak kasut. Kasut letak je dkt rak yang disediakan. Dekat atas banyak bilik bilik lepastu bilik air ada dalam 8 ke 10 camtu. Tingkat bawah semua rooms with attached bathroom.
Bila dah naik atas tu kitorang fefeeling balik kampung opah. Semua orang dekat situ cousins kitorang. Haha! Cina ke india ke foreigner memana semua cousins. Opah ada so much of mix lotsss of mixxxxx kalah Coco. Hotel tu cantik bagi aku sebab dah la semua all white, bilik dan bilik air pun bersih dan kemas.
Sebab ini adalah trip mengejut, so kitorang tak plan pun apa apa sebelum datang ke Penang. Maksud tak plan tu,kitorang taktau pun nak pergi mana dan taktau pun apa ada dekat sini. So sampai hotel baru nak google apa makanan best dekat penang. Adalah dalam 10 tempat kitorang plan nak pergi tapi berjaya pergi 7 tempat makan sahaja dan semuanya best dan sedap!
1) Nasi 7 Benua.
Koo Boo Cafe, Sungai Ara, Bayan Lepas.2) Ayu Mee Udang
Teluk Kumbar, Bayan Lepas.3) Pasembor Kedai No 9.
Gurney Drive Hawker Centre4) Roti Canai & Roti Bakar
Transfer Road, Georgetown.
5) Nasi Kandar Deen
Jelutong6) Laksa Janggus
Kampung Perlis, Balik Pulau7) Char Kuey Teow
Sungai Dua, Butterworth.Sempat singah jetty jugak untuk sesi chillin santai sambil tengok sunset.
Food hunting trip kali ni telah dijayakan oleh tidak lain dan tidak bukan geng zabedah 3 ketul daging 3 ekor piranhas. Thank you so much guys 😘😘
No comments:
Post a Comment