Thursday, December 28, 2017

NAK UPDATE CERITA 2017!!!


Ingatkan tahun 2017  ni rajin nak menaip. Rupanya takkk . HAHA!!! Walaupun banyak masa sebab menganggur lama tapi tak jugak rajin nak menaip. Ni dah nak habis 2017 lagi beberapa hari ni baru nak update cerita yang lama tertunggak. Nak simpan dalam blog semua cerita ni sebab mana tau one day tetibaa nyanyuk ke lupa ke boleh baca balik kan.

Summary 2017 tengah dalam process. Pastu nanti nak cerita pasal Trip Piranhas ke Jogja. Then Trip New Zealand yang tak dapat dilupakan. Lepastuuu trip mencabar minda dan fizikal fuhhh. Lepastu tengoklah apa lagi yang rajin. Hihi 😊

Pertama Kali Mengerjakan Umrah Part 2

Dah berzaman dah nak sambung post pasal pengalaman umrah sampai sekarang tak sambung sambung sebab malas nak menaip. Pastu dah nak masuk 2018 dah ni woi dah basi dah cerita. HAHA! Tapi pengalaman menjejakkan kaki dekat tanah suci tu memang takkan pernah lupa sebab memang sangat sangat best! Hopefully kengkawan, kenalan, family semua dapat merasai sendiri berada dekat tanah suci tu. InsyaAllah mudah mudahan satu hari nanti. Farah pun nak sangat pergi lagi! Rindu.

Haritu ada buat video kenang kenangan dekat sana. Nah saksikan lah tempat tempat yang farah pergi melawat.



Pergi Jabal Thur, lepastu melawat ke Jabal Rahmah. Dapatlah tengok tempat orang mengerjakan haji dekat Arafah, Mina dan Mudzalifa. Dapat jugak peluang mendaki Jabal Nur dan berada di dalam Gua Hira'. Fuhh nak mendaki tu semput gak huiii sebab memang Farah tak fit langsung HAHA. Ktorang buat lawatan ke muzium jugak. Muzium exhibition architecture masjidil haram dan masjid nabawi. Lepastu ada pergi dekat pasar buah buahan. Memacam ada semua buah pun sedappp. 












Hari Ke 8, tibalah waktu meninggalkan tanah suci mekah :( Sedih. Time buat tawaf wida tu memang sedih sangat. Dan betul betul banyak berdoa depan Kaabah. Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Tengahari tu bertolak ke Madinah pulak malam baru sampai.




Esoknya baru ke masjid nabawi. Ada orang guide nak ke masjid nabawi dan bawak jemaah ke tempat yang sangat istimewa iaitu taman syurga di dalam masjid nabawi ,Raudhah :) Susah nak dapat masuk ke kawasan raudhah ni. Semua orang impikan nak solat dan berdoa dalam kawasan tu. Raudhah ni duduknya di sebelah makan Nabi Muhammad S.A.W. Kalau untuk jemaah perempuan ada waktu tertentu je yang boleh masuk. Farah dapat pergi sekali je. Tu pun dah bersyukur sangat dapat peluang. Lepastu kawasan raudhah ni karpet dia colour hijau. Kalau boleh tak perlu lama lama dalam tu bagi jugak peluang dekat orang lain untuk masuk. Time masuk tu memang berpusu pusu orang, nak solat pun kena hati hati kena ada partner yang jaga sebab takut orang terpijak kita. Alhamdulillah dapat la jugak solat sunat dan berdoa dalam raudhah tu.



Esoknya pergi lawatan ke beberapa tempat sekitar madinah. Pergi ke bukit Uhud, Masjid Quba dan Ladang Kurma. 








Hari terakhir dekat madinah ni jatuh pada hari Jumaat. Alhamdulillah dapatlah merasa solat jumaat dekat Masjidil Haram dan solat jumaat dekat Masjid Nabawi. Tapi time solat tu boleh pulak pitam. Tetiba terhuyung hayang terus jatuh terduduk. Habis solat ibu amikkan air duduk jap. Tak kisah time tu orang dok lalu lalang pening kepala sangat. Dah okay sikit baru balik hotel. Lepas solat asar bersiap untuk pulang :( 

Mestilah sedih nak tinggalkan madinah ni. Taktau bila akan dapat lagi peluang pergi sana. Mudah mudahan ada lagi rezeki nak ke tanah suci. Amin!