Wednesday, July 19, 2017

Yeay I got a JOB!!

Pada tanggal 3hb Julai 2017, bermulalah kerjaya farah sebagai seorang account assistant. Alhamdulillah lepas 10 bulan berehat/menganggur/habiskan duit akhirnya bekerja jugak. Baru seminggu kerja dah ada offer jugak tempat lain gaji lebih bagus tapi takpelah terpaksa tolak sebab tak suka nak lari lari. Dah terima untuk kerja sini then kerja je lah even benefit kurang gaji sikit. Tapi okay je syukur alhamdulillah at least dah ada kerja.

Dalam pada bersyukur tu kadang kadang bangun pagi merungut jugak sebab jauh nak ke shah alam. Yelah kalau duduk shah alam 15-20 minit je nak ke office ikut traffic. Ni kalau dah duduk dekat telok panglima garang hah sejam sebelum dah kena keluar. Hari-hari bukak waze sebab nak tgk masa perjalanan, nak ikut mana yang cepat.

Bila dah bekerja ni kadang kadang terus terbit rasa berkira dengan semua orang semua benda. Lagi lagi tengah plan nak pergi bercuti. Nak kumpul duit lagi. Tapi tak boleh macam tu, lagi kita berkira lagi  kita rasa semua benda tak cukup. So berharap sangat sangat diri sendiri ni tak lagi terbit rasa berkira dan alhamdulillah ada orang sentiasa ingatkan.

Apa apa pun kena bersyukur okay farah :)

No comments:

Post a Comment