Sunday, June 4, 2017

Istiqamah


"The only person you should try to be better than is the person you were yesterday"

Bila umur dah meningkat ni, ada sedikit kesedaran untuk berubah jadi lebih baik. Tinggalkan benda benda yang merosakkan diri dan yang melalaikan. Nak lebihkan buat benda berfaedah dan dekatkan diri dekat tuhan. Susah la sikit for me kena slowly dan tak boleh nak paksa sangat diri sebab takut tak istiqomah. Awal tahun haritu, tetiba rasa I need to read Alquran. Maybe boleh buat rasa tenang sikit tak buat benda bukan bukan. Dah lama sesangat tak baca sampai lupa dan gagap nak baca. Start jela baca walaupun macam tak reti. Tapi tak buat berterusan sebab rasa malas gila.

Tak ingat bila tapi last year ibu ada ajak pergi buat umrah this year. Time tu rasa macam OMAIGOD tak readyyy cemana nak pergi TAKUT! Time tu rasa takpe ke pergi ni, tuhan terima ke aku datang ni dah la banyak dosa. Solat tak sempurna, amal ibadah ntah kemana jauh dengan tuhan. Lepastu dulu selalu baca mastika baca cerita orang pergi tanah haram tapi memacam benda buruk berlaku dekat diorang. So jadi takut dan time tu memang serius tak ready langsung. Tapi perasaan takut tu kejap je tak rasa nak berubah lagi pun time tu. Takut takut pun still buat dosa.

A month before pergi, I cakap dekat myself, "Farah you need to do something, you need to change, you nak pergi tanah suci, you kena dekatkan diri dengan tuhan, you need to learn a lot ni Farahhhh" Time ni betul betul sedar la kena ready jugak mentally and physically sebelum pergi. So baca lah pasal umrah and all. Belajar pasal solat solat sunat. Yang penting kena jaga solat lima waktu (tapi ada jugak yang lopong 😔) dan kena jugak mintak dekat Allah supaya semua urusan dipermudah. Tak lupa juga, sebelum pergi kalau ada hutang selesaikan, ada salah silap dengan orang minta maaf.

Time tu jugak kena betul betul yakinkan dekat diri sendiri bila balik nanti boleh berubah sesikit. Sentiasa jadi yang lebih baik dari semalamnya. Sampai sekarang masih mencuba. Nak berubah secara drastik pun susah. So berubah sesikit dan istiqomah tu yang penting.

Next post baru cerita pasal pengalaman pergi mengerjakan umrah okay :)

No comments:

Post a Comment